Thursday, January 10, 2008

Kemajuan Terkini

Salam.Lama tak memantau. Pengurus Projek sudah bertukar tangan.
Walaupun sepi, diharap kerja berjalan. Kita masih lagi mengikut jadual.

Jadi, untuk mengikut masa seperti yang ditetapkan.Semua perunding diminta menyiapkan Laporan DRT Awal. Oleh yang demikian, satu mesyuarat kordinasi perunding akan diadakan pada ketentuan dan masa yang akan diberitahu kelak.

Laporan DRT Awal (Peta Cadangan & Penyataan Bertulis) perunding ATAU input teknikal daripada perunding tuan, semua hendaklah sampai kepada Perunding Utama (YD Planners) sebelum 11 Februari 2008. Perunding luar yang terlibat adalah seperti berikut:
1/ Asas Ekonomi
2/ Pertanian, penternakan & perhutanan
3/ Pembangunan Pelancongan - Warisan & Konservasi & Rekabentuk Bandar
4/ Pengurusan Alam Sekitar
5/ Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas
6/ Infrastruktur dan Utiliti
7/ Sistem Maklumat Geografi

Pelan Digital terkini akan diserahkan kepada perunding yang merangkumi :
Satu Daerah Alor Gajah
Pecahan Mengikut Blok Perancangan (BP); 8 BP Kesemuanya
Pecahan mengikut Pusat Pertumbuhan Utama (PPU); 4 Pusat Bandar perlu diperincikan [Alor Gajah, Masjid Tanah, Pulau Sebang, Durian Tunggal]

Format Pelan Subjek & Pelan Sisip adalah saiz A4. Mengikut kesesuaian laporan yang disediakan oleh pihak tuan. Kami akan susunkannya kemudian.Pelan perlu disediakan dalam format imej dan mapinfo table. Jika perunding menghadapai masalah dalam penyediaan peta.

Kami sedia membantu. Harap maklum.

No comments: