Monday, May 28, 2007

Ya, semakan sedang dilakukan


Laporan awal sedang disemak oleh pasukan teras Pej. Projek Melaka untuk dibawa ke mesyuarat. Para pasukan perunding sekalian, bolehlah meneruskan kerja-kerja yang seterusnya dengan memikirkan apakah output yang kalian mahu keluarkan?
Peta asas sedang ditambah-baik oleh pasukan teras. Katanya awal bulan Jun. Jika tidak, perunding utama dan perunding GIS perlu turun padang untuk verifikasi.

Wednesday, May 23, 2007

Pendekatan baru?!



Laporan Awal RTD Alor Gajah (2007-2020) telah berjaya disiapkan. Laporan ini telah disubmit kepada Pejabat Projek Melaka pada 23 Mei 2007 beserta dengan invois tuntutan sebanyak 20% daripada kos keseluruhan kajian.

Pendekatan baru yang diadaptasi dalam kajian kali ini adalah
1/ Base on objective driven
2/ Issues & Problem Solving
3/ Main finding
4/ Sustainable approach
5/ User friendly output of the study

Oleh yang demikian, dalam memandu kajian ke arah ini. Objektif kajian yang digariskan diawal telah disemak semula. Objektif awal kajian adalah seperti berikut:

i. Mempertingkatkan potensi kewujudan institusi pengajian tinggi untuk menjadikan Daerah Alor Gajah sebagai daerah pendidikan terunggul;

ii. Memperkasakan sektor pelancongan yang bersepadu berasaskan rekreasi dan warisan sejarah sebagai sumber ekonomi daerah pada masa hadapan;

iii. Merancang strategi pembangunan fizikal dan ekonomi berasaskan sektor pertanian moden yang lebih berdaya saing;

iv. Mencapai pembangunan fizikal dan gunatanah yang optimum dan lestari bagi memastikan keseimbangan pembangunan antara petempatan dan kualiti alam sekeliling;

v. Meningkatkan kualiti hidup yang sejahtera bagi setiap penduduk;

vi. Memperkukuh sistem urustadbir perancangan dan pembangunan yang efektif.


Objektif dirangka semula semula berikut:

i. Memperkasakan sektor pelancongan yang bersepadu berasaskan pelancongan rekreasi, pertanian, warisan, budaya, makanan dan beli-belah sebagai penyumbang ekonomi daerah;

ii. Memajukan sektor pertanian melalui kaedah-kaedah pertanian moden yang berdaya maju bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk desa;

iii. Menjadikan kawasan Simpang Ampat sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baru daerah dan pintu masuk ke Negeri Melaka dari arah utara dan transit dari arah selatan;

iv. Merancang pembangunan fizikal dan gunatanah yang optimum dan lestari bagi memastikan keseimbangan di antara keperluan pembangunan ekonomi, pengekalan khazanah dan pemeliharaan warisan semulajadi;

v. Meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui penyediaan perumahan yang selesa dan kemudahan-kemudahan perbandaran yang setara dengan keperluan penduduk;

vi. Memperkukuh keupayaan urustadbir Majlis Perbandaran Alor Gajah bagi memastikan pelaksanaan perancangan dan pembangunan yang berkesan.


Semua sektor kajian akan dipandu berdasarkan objektif kajian ini dan objektif sektoral masing-masing. Di samping itu, sektor kajian harus mengenalpasti isu-isu mengikut keutamaan yang perlu diselesaikan.

Untuk itu, sektor penilaian kemampanan akan memandu dari segi pencapaian objektif kemampanan dan penerapan indikator awal dalam usaha mencapai ke arah ini.

Jadi, di peringkat ini juga, semua perunding sektoral harus memikirkan output kajian masing-masing yang mahu dihasilkan dalam bentuk rajah, jadual, gambarajah, huraian ringkas dan persembahan yang menarik.

Entri seterusnya akan membentangkan isu-isu sektoral yang ditemui di peringkat awal. Mari kita cuba pendekatan baru ini. Kita cuba. Ya, kita cuba. Trial & Error.

Friday, May 18, 2007

Draf Pertama Laporan Awal.

Draf Laporan Awal RTD Alor Gajah (2007-2020) telah berjaya disiapkan pada 16/5/2007. Pelan Asas Gunatanah hanya merangkumi 60% siap. Pihak pasukan teras akan mengemaskini pelan asas tersebut dan dijangka siap pada awal bulan Jun 2007.

Pada 17/5/2007 satu perbincangan mengenai Laporan Awal telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) jam 11.30 pagi. Bermula agak lewat kerana ada mesyuarat sebelum yang lewat selesai. Dipengerusikan oleh Yang DiPertua (YDP), Tuan Haji Baharom.

Perkara-perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:
1/ YDP mahukan always bare ini mind apabila membuat kajian ini iaitu: Why I must come to Alor Gajah? Why must I invest in Alor Gajah? What are so sepcial in Alor Gajah?
2/ Isu banjir dan tanah runtuh perlu diambil perharian dan dimasukkan dalam kajian agar satu pelan dan tindakan dapat membantu pihak majlis. Pelan induk perparitan.
3/ Objektif menjadikan daerah Alor Gajah sebagai daerah pendidikan terunggul sukar dicapai dan harus disingkirkan sebaliknya menjadikannya sebagai pelancongan rekreasi kerana lebih banyak produk pelancongan berasaskan rekreasi seperti taman tema A Famosa, pantai, dusun dan sebagainya.
4/ Penglibatan bumiputera dalam perniagaan
5/ Pelancongan; cahaya, bersih, indah.
6/ Shopping heaven; namun Alor Gajah tiada hypermarket yang besar.
7/ Menjadikan tasik buatan terbesar sebagai produk pelancongan dan rekreasi.
8/ Mengambil kesempatan dan peluang ke atas limpahan pembangunan dari Melaka Tengah dan daerah bersempadan.
9/ Paya Datoh; pusat kraftangan.
10/ Koridor Alor Gajah - Simpang Ampat > imej dan identiti.
11/ Isu penternakan khinzir yang mencemarkan sungai dan pantai. Kaedah yang terbaik.
12/ Legalize gerai-gerai yang tidak terancang dan didirikan secara haram.
13/ Pelan Induk Landskap Alor Gajah sudah ada.
14/ Semua tindakan perlu diterjemahkan dalam konteks spatial agar membantu pihak Majlis untuk menunjukkan kepada klien jika terdapat sebarang permohonan.

Kepada perunding yang ada tambahan. Sila maklum di sini. Klik komen. Atau di kotak pandangan perunding yang bewarna biru. Atau emel kepada trio3 AT streamyx DOT com.

Friday, May 11, 2007

Susulan Laporan Awal

Status submittion Laporan Awal (hardcopy + softcopy) oleh sub-perunding adalah seperti berikut:

1/ Puan Herlina [Peers Consult]
Pembangunan Pelancongan (warisan/ konservasi & rekabentuk bandar)
Belum Sudah. Melalui emel

2/ Dr. Kamaruzaman Ujang [Peers Consult]
Asas Ekonomi
Belum Sudah. Melalui emel

3/ Dr. Sharifuddin Abdul Hamid [Peers Consult]
Pertanian, Penternakan & Perhutanan
Belum Sudah. Melalui emel

4/ Pn. Sakurah Jamaluddin [Prisma R&D]
Pemb. Fizikal & Gunatanah (Perniagaan & Perindustrian)
Belum Sudah. Melalui emel

5/ Ir. Othman Abd. Rahim [O&L Jurutera Perunding]
Infrastruktur dan Utiliti
Belum Sudah. Melalui emel

6/ En. Ishak Ariffin [Via Natura Sdn. Bhd.]
Pengurusan Alam Sekitar.
Belum Sudah. Melalui emel

7/ En. Kamarulzaman Abu Hassan. [Hiway Matra]
Pengangkutan & Pengurusan Lalulintas
Belum! Belum Sudah. Melalui emel

8/ En. Affandi Bahador [CCIS Integration]
Sistem Maklumat Geografi: GIS & EIS
Sudah! 11/05/07. Jam 4.36 p.m


.

Wednesday, May 9, 2007

Objektif & skop (awal)

Objektif Pembangunan Alor Gajah

i. Mempertingkatkan potensi kewujudan institusi pengajian untuk menjadikan Daerah Alor Gajah sebagai Daerah pendidikan terunggul;

ii. Memperkasakan sektor pelancongan yang bersepadu berasaskan rekreasi dan warisan sejarah sebagai sumber ekonomi daerah pada masa hadapan

iii. Merancang strategi pembangunan fizikal dan ekonomi berasaskan sektor pertanian moden yang lebih berdaya saing

iv. Mencapai pembangunan fizikal dan gunatanah yang optimum dan lestari bagi memastikan keseimbangan pembangunan antara petempatan dan kualiti alam sekeliling

v. Meningkatkan kualiti hidup yang sejahtera bagi setiap penduduk

vi. Memperkukuh sistem urustadbir perancangan dan pembangunan yang efektif.

Daripada senarai objektif di atas, penentuan skop (awal) dilakukan dan masih belum dimuktamadkan sehingga Laporan Awal dihasilkan untuk dibawa berbincang bersama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Oleh itu, ada sesetengah sektor, penentuan skop sangat terus berkait kepada pencapaian objektif. Ada sesetengah sektor perlu menentukan skopnya sendiri kerana agak sukar bagi mengaitkan dengan pencapaian objektif tetapi dirasakan sektor itu perlu dalam kajian. Walau bagaimanapun, semua perunding diminta melihat kembali skop (awal) mereka untuk diajukan kepada YD Planners. Ingat! Lihat kembali. Berikut adalah skop (awal) yang diajukan.


Asas Ekonomi

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Menganalisis senario keadaan semasa institusi pengajian sedia ada;

ii. Mengkaji tahap penyediaan dan taburan kemudahan awam yang telah disediakan untuk menyokong pembangunan institusi pengajian;

iii. Mengkaji keperluan perumahan di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi;

iv. Mengkaji sumbangan dan potensi ekonomi dalam sektor pendidikan, pertanian, pelancongan serta mencadangkan peluang-peluang peningkatan pelaburan dan pekerjaan penduduk;

v. Mencadangkan halatuju perancangan dan pembangunan daerah Alor Gajah berpandukan kepada penemuan asas ekonomi;

vi. Menggunakan indikator MuniNet (Malaysian Urban Indicator Network) sebagai sasaran kemampanan.


Pembangunan Pelancongan (termasuk warisan/ konservasi & rekabentuk bandar)

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:

i. Menganalisis faktor-faktor asas ekonomi sektor pelancongan dan keupayaan mewujudkan sektor pekerjaan dan pelaburan termasuk tren perkembangannya serta sistem jaringan (network);

ii. Menyediakan satu inventori yang lengkap berkenaan dengan sumberjaya dan produk pelancongan termasuk dari segi lokasi, produk, kuantiti dan kualiti;

iii. Menganalisis kecukupan kemudahan pelancongan sokongan dari segi kuantiti dan kualiti serta langkah perancangan terlibat di kawasan tumpuan pelancongan;

iv. Merangka asas kepada tujuan pembentukan pelan pengurusan pelancongan (Tourism Management Plan) yang mantap;

v. Mengenalpasti, memelihara dan memperkaya ciri-ciri imej tersendiri di setiap bandar/ pekan yang berpotensi untuk menjadi tarikan pelancongan;

vi. Merancang pembangunan utiliti dan infrastruktur yang lengkap bagi menampung keperluan pelancongan semasa dan akan datang;

vii. Menganalisis penglibatan penduduk setempat dalam sektor pelancongan dan potensi aktiviti pelancongan berteraskan pertanian atau penternakan;

viii. Merangka dan merancang pengkuhususan pengezonan aktiviti pelancongan yang berkaitan;

ix. Menganalisis produk pelancongan sedia ada dan sasaran ‘market segmentation’ yang bersesuaian;

x. Melihat kesesuaian galakan pembangunan pelancongan berskala besar dan pembangunan pelancongan alternatif seperti kampung pelancongan, ‘ethnic tourism’, dan ‘agro tourism’;

xi. Mengemukakan cadangan pelan susunatur (cadangan pelancongan) mengikut kesesuaian projek yang dikenalpasti;

xii. Mencadangkan projek dan program pelancongan, kaedah pelaksanaan, kos yang terlibat dan agensi pelaksana;

xiii. Menggunakan indikator MurniNet (Malaysian Urban Indicator Network) sebagai sasaran kemampanan.


Pertanian, penternakan & perhutanan

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Mengkaji dan menilai keadaan semasa sektor pertanian, penternakan, perhutanan dan sumberjaya desa;

ii. Mengenalpasti peluang penambahan pendapatan dari aktiviti pertanian yang bernilai tambah;

iii. Menggunakan teknik perancangan bagi mengkaji kawasan-kawasan pertanian terbiar yang berpotensi untuk dibangunkan;

iv. Mengkaji jenis tanaman yang berpotensi dan menentukan kawasan-kawasan zon pertanian serta pusat pengumpulan hasil pertanian;

v. Melihat keupayaan aktiviti pemasaran dan agensi yang terlibat dalam aktiviti pertanian serta mencadangkan peluang penambah-baikan;

vi. Melihat punca pencemaran alam sekitar terutamanya di Sungai Linggi dan menentukan langkah penyelesaian;

vii. Membentuk langkah bagi penyediaan kemudahan sokongan bagi membantu perkembangan sektor pertanian;

viii. Melihat daya maju aktiviti penternakan dan pengekalan kawasan perhutanan;

ix. Mengemukakan cadangan pelan susunatur (cadangan pertanian) mengikut kesesuaian projek yang dikenalpasti;

x. Mencadangkan projek dan program pertanian, modus operandi pelaksanaan, kos yang terlibat dan agensi pelaksana.


Perancangan Fizikal & Gunatanah

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Merangka perancangan guna tanah terutama di dalam zon-zon yang dikenalpasti untuk pembangunan;

ii. Mengenalpasti pembangunan perumahan, industri, kemudahan masyarakat, rekreasi bagi mewujudkan persekitaran kehidupan berkualiti;

iii. Memberi tumpuan perancangan, pengagihan dan perletakan komponen perbandaran kepada bandar, pekan-pekan dan petempatan desa;

iv. Meneroka potensi pembangunan fizikal bagi petempatan baru dalam daerah serta menentukan fungsi/ peranannya;

v. Merancang pembangunan lestari sumber jaya asli, kawasan sensitif alam sekitar, kawasan berisiko dan kualiti alam sekitar;

vi. Mengemukakan agihan penduduk mengikut mukim (2007-2016);

vii. Menyemak, mengedit, menyusun dan menghasilkan Laporan Awal;

viii. Menyemak, mengedit, menyusun dan menghasilkan Laporan Penemuan;

ix. Menyemak, mengedit, menyusun dan menghasilkan Laporan Strategi dan Konsep Pembangunan;

x. Menyemak, mengedit, menyusun dan menghasilkan Laporan Rancangan Tempatan;

xi. Menggunakan indikator MurniNet (Malaysian Urban Indicator Network) sebagai sasaran kemampanan.


Perumahan dan Kemudahan Masyarakat

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti keperluan perumahan semasa dan mencadangkan keperluan perumahan pada masa depan;

ii. Mengenalpasti tahap penyediaan dan taburan kemudahan masyarakat yang utama dan mencadangkan keperluan masa depan serta penambah-baikan perkhidmatan mengikut tampungan;

iii. Menentukan zoning dan keperluan kawasan perumahan pada masa hadapan beserta garispanduan kawalan pembangunan dari segi kepadatan, ketinggian, ‘plot ratio’ dan ‘nisbah plot’.

iv. Mencadangkan projek dan program pembangunan perumahan dan kemudahan masyarakat, modus operandi pelaksanaan, kos terlibat dan agensi pelaksana;

v. Menggunakan indikator MurniNet (Malaysian Urban Indicator Network) sebagai sasaran kemampanan.


Analisa Kewangan dan Pelaksanaan Projek

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Menganalisa struktur organisasi sedia ada (MPAG) dan cadangan bagi meningkatkan dan memperkukuhkan keberkesanan organisasi pada masa depan;

ii. Mengenalpasti fungsi dan peranan MPAG agar memberi perkhidmatan yang efisien, cekap dan mampan;

iii. Mengkaji cadangan bagi mempertingkatkan sistem pengawasan perancangan, pengurusan dan pentadbiran serta sumber kewangannya;

iv. Mengenalpasti projek-projek yang hendak dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif kajian dan menggunapakai Rancangan Tempatan yang telah diwartakan;

v. Meninjau pelaksanaan Akta 172 dan sejauh mana penggunaan Kebenaran Merancang serta membuat cadangan penambahbaikan;

vi. Menentukan projek dan program pembangunan serta modus operandi pelaksanaan, kos yang terlibat dan agensi pelaksana;

vii. Menggunakan indikator MurniNet (Malaysian Urban Indicator Network) sebagai sasaran kemampanan.


Perindustrian dan Perdagangan

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Membantu memberi input dari segi spatial untuk perindustrian dan perdagangan dalam proses ‘check & balance’ gunatanah.

ii. Mengkaji kawasan industri sedia ada yang tidak dimajukan dan mencadangkan langkah-langkah pembangunan;

iii. Mengkaji jenis industri yang terdapat di luar kawasan perindustrian berselerak dan mencadangkan tindakan kawalan pembangunan;

iv. Menentukan keperluan ruang lantai perindustrian dan industri perkhidmatan pada masa hadapan serta zoning dan garispanduan khusus (jika ada) di kawasan kajian;

v. Mencadangkan projek dan program perindustrian, modus operandi pelaksanaan, kos yang terlibat dan agensi pelaksana;

vi. Menentukan fungsi dan hierarki pusat petempatan sedia ada serta mencadangkan kawasan petempatan baru;

vii. Memperkukuhkan fungsi bandar Alor Gajah sebagai pusat perniagaan utama daerah dan sebagai pelengkap kepada pertumbuhan bandar Melaka dan bandar Tampin;

viii. Membentuk keperluan ruang lantai perniagaan dan perdagangan masa hadapan bagi pusat-pusat petempatan dan garispanduan dari segi ‘plot ratio’ dan ‘plinth area’ untuk kawasan perniagaan;

ix. Mengemukakan cadangan pelan susunatur (cadangan perindustrian dan perdagangan) mengikut kesesuaian projek yang dikenalpasti;

x. Mencadangkan projek dan program perniagaan, modus operandi, kos yang terlibat dan agensi pelaksana.


Pengangkutan dan pengurusan lalulintas

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Mengkaji rangkaian/ sistem perhubungan wilayah

ii. Merancang keadaan semasa sistem pengangkutan dan lalulintas yang efisien dan aksesibiliti yang tinggi dari segi:
a/ Rangkaian jalan raya sedia ada, keadaan operasi dan ciri-ciri fizikal jalan-jalan utama dan persimpangan;
b/ Pengurusan lalulintas terutamanya di dalam bandar termasuk penyediaan tempat letak kereta dan kemudahan pejalan kaki;
c/ Ciri-ciri pengangkutan awam sedia ada seperti bas, teksi dan keretapi

iii. Mengenalpasti isu/ masalah lalulintas dan pengangkutan awam;

iv. Mencadangkan dan merancang keperluan kemudahan pengangkutan dan lalulintas yang mampan bagi menampung keperluan pada masa hadapan:

a) Menentukan jalan-jalan sedia ada yang perlu dinaik taraf, diperbaiki jajaran, permukaan dan geometrik jalan mengikut hiararki yang ditetapkan;
b) Menentukan pengurusan lalulintas yang efisien di kawasan-kawasan bandar dan persimpangan;
c) Penyediaan tempat letak kereta yang lebih menyeluruh
d) Menyediakan sistem rangkaian pejalan kaki yang selesa dan selamat
e) Menentukan jalan baru untuk mempertingkatkan aksesibiliti antara kawasan dalam daerah;
f) Penyediaan garis panduan keperluan kelebaran jalan-jalan raya yang dicadangkan, keperluan tempat letak kereta, sistem pengangkutan awam bersepadu dan laluan pejalan kaki;

v. Menentukan fasa pelaksanaan, kos yang terlibat dan agensi pelaksana;

vi. Merancang sistem pengangkutan yang mempunyai aksesibiliti yang baik sebagai pusat kecemerlangan dan koridor ilmu;

vii. Memastikan perancangan pengangkutan dan lalulintas (jalan-jalan penghubung) yang efisien dan aksesibiliti yang tinggi ke kawasan pelancongan;

viii. Merancang pembangunan sistem jaringan perhubungan lalulintas dalam usaha untuk melancarkan langkah-langkah pemasaran sumber pertanian.

ix. Menggunakan indikator MURNInet sebagai sasaran kemampanan;


Pengurusan Alam Sekitar

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti punca-punca pencemaran dan kaedah-kaedah mengatasinya untuk jangka pendek dan jangka panjang;

ii. Mengenal pasti kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti perhutanan, sumber mineral dan bahan batuan, perikanan, pertanian dan penternakan, jasad air, sejarah dan antikuiti, taman rekreasi, khazanah geologi, hidupan liar dan kawasan pesisiran dan menentukan kategori darjah kesensitifan sama ada nazak, kritikal, tinggi, sederhana atau rendah terhadap kawasan tersebut.

iii. Mengkaji status kualiti alam sekitar dan isu terhadap kualiti air sungai dan laut, kualiti udara, bunyi bising, pembuangan sampah dan bahan sisa toksik berjadual dan jangkaan penurunan dan peningkatan kualiti alam sekitar berdasarkan tahap pembangunan fizikal yang berlaku atau yang dilaksanakan.

iv. Mengkaji ciri-ciri fizikal alam sekitar yang lain seperti kawasan hutan, kawasan tadahan air, kawasan tanah tinggi dan lereng bukit, sungai, cuaca dan iklim, flora dan fauna dan habitat-habitat yang lain, berdasarkan maklumat sekunder.

v. Mengkaji tahap biodiversiti kawasan dengan menggunakan data dan maklumat sekunder.

vi. Menyediakan pelan kawasan bermasalah alam sekitar.

vii. Mengenal pasti isu-isu alam sekitar yang perlu diberi perhatian dan penekanan dalam kawalan pembangunan serta petunjuk sasaran alam sekitar berdasarkan data dan maklumat sekunder.


Infrastruktur dan Utiliti

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti keupayaan bekalan air dan permintaan semasa serta membuat unjuran keperluan masa hadapan;

ii. Mengenalapsti keupayaan bekalan elektrik dan permintaan semasa serta membuat unjuran keperluan masa hadapan;

iii. Mengenalpasti keupayaan bekalan talian telefon dan permintaan sedia ada serta membuat unjuran keperluan masa hadapan;

iv. Mengkaji keberkesanan sistem perparitan dan sistem saliran sediada dan mencadangkan penambah-baikan;

v. Mengenalpasti kawasan yang mudah banjir dan mencadangkan tindakan penambah-baikan;

vi. Mengkaji keupayaan sistem pembetungan sedia ada dan mencadangkan penambah-baikan serta bagi menampung perubahan gunatanah;

vii. Mengkaji kaedah pengumpulan dan pengurusan sampah (sisa pepejal) sedia ada dan mencadangkan penambah-baikan


Penilaian Kemampanan (S.A)

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:

i. Menilai kamampanan bandar daerah Alor Gajah dengan pengukuran berasaskan penggunaan MURNInet sedia ada;

ii. Mengkoordinasi penentuan indikator dan parameter untuk sektor sokongan yang lain dalam menyelaras pencapaian kemampanan;


Pembentukan Sistem Maklumat Geografi

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Mengkoordinasi penyediaan peta asas kajian untuk menyeleraskan dari segi data dan input berdasarkan keperluan data GIS

ii. Mengenalpasti, merekabentuk, membangun dan mengintegrasikan sistem maklumat sediada kepada Sistem Maklumat Geografi (GIS) Rancangan Tempatan Daerah mengikut operasi dan analisis GIS – kemasukkan data, pengolahan data, pemaparan data, penyelenggaraan data, dan penyimpanan data;

iii. Mendokumentasikan operasi dan analisis Sistem Maklumat Geografi (GIS);

iv. Menyediakan satu sistem pangkalan data digital bagi Kajian Rancangan Tempatan Daerah;

v. Mengimplementasi dan mendokumentasikan tatacara analisis sektoral menggunakan GIS;

vi. Merekabentuk, membangun, menyediakan dan mentauliah aplikasi Sistem Maklumat Eksekutif (EIS).

Friday, May 4, 2007

Laporan Awal Sebulan ?

Salam. Semua tim perunding Kajian RTD Alor Gajah.

Tarikh-tarikh tentatif penting untuk tim sub-perunding RTD Alor Gajah.

14/5/07 (Isnin)
Penyerahan draf Laporan Awal oleh sub-perunding dengan bahagian masing-masing. Emel kepada trio3 AT streamyx DOT com.

15 & 16
Penyuntingan oleh YD Planners.

17/5/07 (Khamis)
Mesyuarat semakan bersama Majlis Perbandaran Alor Gajah kandungan draf Laporan Awal.

18-22/5/07
Memuktamadkan Laporan Awal jika terdapat pindaan.

23/5/07 (Rabu)
Tarikh serahan Laporan Awal (final) kepada Pejabat Projek Melaka.

Kerjasama dari tim sub-perunding amat dihargai.

Sebaik saja penyerahan Laporan Awal dibuat, sub-perunding boleh memulakan Laporan Penemuan. Laporan penemuan akan lebih banyak peta, gambarajah, lakaran, gambaran berbanding tulisan.


.