Monday, September 17, 2007

Ke arah Laporan Penemuan Dua yang meletup

LAPORAN PENEMUAN SATU : Telah dihantar namun kurang memuaskan dan perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi kajian ini. Niatlah ke arah kebaikan dan penuh keikhlasan.

KE ARAH LAPORAN PENEMUAN DUA :
Saya mulakan bicara diskusi dengan santai.

Oleh itu, semua perunding diminta memberikan kerjasama untuk memperkemaskan Laporan Penemuan Satu yang akan diberikan salinan softcopy mengikut teras melalui emel. Sila serahkan semula kepada kami pada 24 Sept 2007 (Isnin) salinan softcopy. Sesempat yang boleh kerana semua perlu berhari raya dengan gembira. Boleh kan? Laporan akan diserah kepada pejabat projek awal bulan Oktober 2007. Boleh kan pejabat projek?

Antara Beberapa perkara perlu diberikan perhatian khusus dalam penulisan Laporan:

1. Sila rujuk Laporan Pemeriksaan Draf RSN Melaka yang diserahkan melalui CD di awal kajian. Diulangi, Laporan Pemeriksaan. Dalam laporan tersebut semua dah ada. Tinggal kebijaksanaan perunding untuk pilih dan tapis mana-mana yang berkaitan dan update data-data untuk digunakan bagi tahun kajian 2006. Juga laporan-laporan yang berkaitan perlu dirujuk. RT Alor Gajah terdahulu misalnya.

2. Data asas 2005 dan 2006 telah diberi kepada semua perunding sektoral pada 5 Ogos 2007 dalam bentuk softcopy melalui emel masing-masing. Pilih dan masukkan dalam penulisan laporan sektoral anda jika berkaitan. Harap maklum. Jangan kata kepada kami data tiada tetapi dalam data asas 2005 dan 2006 dijumpai.

3. Perunding perlu menyediakan analisis yang baik dalam penulisan bagi semua isu strategik perancangan yang telah dibangkitkan di dalam Laporan Awal terdahulu mengikut teras. Tunjukkan kepakaran anda dan kehebatan perunding yang berwibawa sekalian. Saya yakin perunding sektoral terdiri daripada perunding cemerlang dan terbilang.

4. Semua analisis yang disediakan perlu disokong oleh fakta. Karangan berbunga-bunga dan penulisan 'kosong' tidak dibenarkan langsung. Ringkas dan padat kalau boleh. Semua masalah perlukan penyelesaian yang terbaik- ‘condemning statement’ atau ayat yang tidak memberi sokongan tidak harus digunakan. Bagilah jalan penyelesaian. Berikanlah yang terbaik.

5. Perunding yang terlibat dengan unjuran perlu menyediakan unjuran yang berkenaan dengan teknik yang sesuai dan justifikasi yang sesuai. Pelancongan, perdagangan, perindustrian, pertanian, kemudahan masyarakat, kawasan rekreasi, perumahan, lalulintas, utiliti dan infrastruktur misalnya. Oh ya, untuk pengetahuan pejabat projek. Unjuran penduduk diambil daripada RSN Melaka dan tiada unjuran baru dilakukan. Boleh kan?

6. Strategi pembangunan hendaklah disediakan di dalam bentuk strategi fizikal, strategi ekonomi, strategi alam sekitar dan strategi sosial untuk memudahkan urusan sektor Penilaian Kemampanan membuat penilaian. Sila berikan kerjasama ya.

Format strategi dan cadangan am adalah seperti berikut [ contoh ]
Memperkukuhkan ekonomi Daerah Alor Gajah bla bla bla
Strategi ini dikemukakan dalam satu penyataan yang ringkas dan jelasn sasaran dan halatuju yang ingin dicapai ke arah mana. Ayat strategi perlu dimulakan samada memperkukuhkan, meningkatkan, memajukan, menjadikan, membangunkan dan sebagainya...

Cadangan
a) Membangunkan tanah-tanah industri yang masih kosong dan usaha menarik pelabur dipergiatkan
b) Memajukan kawasan tanah terbiar untuk diusahakan.
c) bla bla bla...

7. Penulisan strategi haruslah menepati ciri-ciri berikut selain menterjemah dasar-dasar yang dikemukakan oleh RSN Melaka iaitu:
a) Mencapai teras pembangunan yang digariskan.
b) Mencapai objektif yang telah digariskan.
c) menyelesaikan isu induk atau isu strategik yang telah dipersetujui.
Maknanya, strategi yang digariskan mengikut teras disokong dengan cadangan-cadangan awal samada berbentuk fizikal, ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Oh ya, kepada semua perunding sektoral seperti pelancongan & rekabentuk bandar, perdagangan & perindustrian, pertanian, pengangkutan & lalulintas, infrastruktur dan alam sekitar akan diberi pelan digital gunatanah terkini yang boleh dijadikan asas untuk tindakan kita bersama. Pelan digital ini dikemaskini dalam 90 peratus siap. Tindakannya seperti berikut:
- Sektor pelancongan : Perunding utama dan GIS memerlukan input lokasi produk-produk pelancongan
- Sektor perdagangan & industri : Perunding-perunding utama memerlukan maklumbalas dari anda untuk kawasan-kawasan perdagangan (khususnya kawasan pusat bandar) dan kawasan-kawasan industri.
- Sektor pertanian : Perunding utama memerlukan input keluasan kawasan pertanian mengikut jenis. Jika boleh dapatkan lokasi kawasan penternakan khinzir yang terdapat dalam kawasan kajian daripada Jabatan Veterinar.
- Sektor pengangkutan dan lalulintas : Perunding utama akan beri jajaran jalan dan sila maklumbalas jika kurang lengkap. Jalan pengagih tempatan sedang dikemaskini.
- Sektor alam sekitar : Perunding utama perlu dapat pengesahan daripada sektor ini untuk taburan dan lokasi KSAS.

Kerjasama tuan-puan di dalam kajian ini saya hargai dan dengan perasaan rendah diri. Ho ho ho... Kita boleh!

Nescaya lebih mantap Laporan Penemuan nanti.


Pembantu ketua perunding.

~ Akan dikemaskini ~