Wednesday, June 25, 2008

Cabutan Ulasan Awal DRT

LAMPIRAN
Cabutan Ulasan Awal Draf RTD Alor Gajah


REKABENTUK BANDAR DAN PEMELIHARAAN
· Konsep Rekabentuk Bandar
· Tempat Letak Kereta dan Perkhidmatan
· ‘Special Urban Design Policies’ berkaitan dengan karektor ‘built form’, had ketinggian bangunan dan pandangan menarik dan kepentingannya
· Strategi reka bentuk : guna tanah bercampur, akiviti, polisi berkaitan seperti pekerjaan, perumahan, perdagangan, rekreasi dan kawasan lapang, orang kurang upayan, kemudahan social.
· Garis panduan reka bentuk Bandar khusus dan am bagi pembangunan kawasan baru, ‘infill’ dan pembangunan semula seperti ketinggian, nisbah plot, ‘plinth area’, kepadatan, skala, ‘propotion’, corak seni bina
· Intensiti / Skala Pembangunan
· Cadangan garis panduan khas
· Cadangan kawasan konservasi
· Garis panduan
o Pemeliharaan
o Pemuliharaan
o Pembangunan Semula
· Cadangan garis panduan khas konservasi
· Jadual 4.2.3 : Cadangan Pengukuhan Imej dan identity perlu diperkemaskan
· Rajah 4.2.1 – Tidak banyak maklumat diperolehi dari rajah ini

PELANCONGAN
· Strategi pemasaran sector pelancongan
· Cadangan pelan pembangunan sektor pelancongan dan pakej pembangunan sektor pelancongan daerah / wilayah
· Peta asas cadangan kawasan pelancongan
o Pelan Subjek
o Garis Panduan Khas
· Perlu diwujudkan satu garis panduan khusus terutama bagi kawasan pelancongan di sepanjang pantai antara Tanjung Bidara ke Kuala Linggi


PERTANIAN DAN PERHUTANAN
· Cadangan dan langkah-langkah penyelesaian masalah tanah terbiar
· Cadangan mempertingkatkan usaha-usaha pertanian
· Pelan kesediaan tanah untuk pembangunan
o Kawasan pertanian sedia ada yang perlu dikekalkan
o Kawasan pertanian baru untuk masa depan
· Cadangan pemindahan kawasan ternakan kritikal (seperti : kawasan ternakan ayam dan babi)
· Cadangan penyediaan kemudahan sokongan untuk sector pertanian
· Pelan taburan hutan mengikut fungsi dan jenis yang menunjukkan kawasan hutan yang saling menyokong dan mengancam eko-sistem.
· Cadangan awal garis panduan kawalan pembangunan pertanian, penternakan, pertanian dan perhutanan
· Cadangan untuk meningkatkan produktiviti perlu selaras dengan amalan semasa dengan mengambilkira faktor:-
o Dasar Kerajaan
o Kemampuan Kerajaan Negeri
o Iklim Ekonomi Semasa
· Penjelasan mengenai amalan perancangan terbaik (muka 3/20)
· Cadangan insentif bagi menggalakkan penternakan mesra alam (perlu dinyatakan)
· Perkara 4.3.6 (ii) (b) :- Dicadangkan supaya agensi pelaksana bukan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Keadaan semasa ianya dilaksanakan oleh orang pereorangan dan syarikat
· Perkataan khindzir ditukar kepada perkataan babi


PENGURUSAN ALAM SEKITAR
· Sasaran kualiti alam sekitar (environmental target) dalam tempoh perancangan
· Cadangan-cadangan untuk memperbaiki mutu alam sekitar di kawasan bermasalah
· Langkah-langkah pengurusan dan pencegahan
· Pelan kawasan hakisan tanah dan pantai dan langkah-langkah pengurusan dan pencegahan kawasan hakisan tanah dan pantai
· Langkah-langkah untuk membaikpulih/ ‘treatment’ kawasan kacau ganggu pandangan
· Pelan kawasan berisiko bencanan
· Cadangan kawasan berisiko bencana yang memerlukan;
o Pengekalan
o Pemeliharaan dan
o Pemuliharaan
· Pelan tindakan pencegahan kawasan banjir (termasuk program pencegahan dan pengurusan kawasan banjir)
· Cadangan langkah-langkah pengurusan yang memerlukan;
o Pengekalan,
o Pemeliharaan dan pemuliharaan
o Pelan kawasan berisiko
o Cadangan dan garis panduan aktiviti yang dibenarkan di kawasan berhampiran kawasan berisiko
· Garis panduan pembangunan dna pengurusan alam sekitar
· Pemeliharaan Kawasan Waisan Sempadan Orang Asli:-
· Perlu perhatian semula mengenai status penempatan Orang Asli
· Perlu dicadangkan bentuk pembangunan yang bersesuaian. Perlu dinyatakan secara jelas dan tidak pernyataan umum


PENGANGKUTAN DAN LALU LINTAS
· Program mempertingkatkan kecekapan pengankutan awam dalam konteks wilayah;
· Cadangan-cadangan baru untuk meningkatkan kecekapan dan liputan pengangkutan (termasuk cadangan alternative bagi menghubungkan kawasan RT dalam konteks wilayah
· Pelan jaringan dan jajaran sedia ada, komited dan yang telah diluluskan dan cadangan pembangunan rangkaian jalan raya di peringkat RT
· Pengkelasan dan hierarki system rangkaian jalan seperti jalan pengagih utama, jalan pengumpul, jalan tempatan dan sebagainya
· Simpanan jalan dan cadangan rizab jalan (pengenalpastian rizab sangat mustahak di dalam mempertimbangkan cadangan menaiktaraf jalan sama ada pelebaran, penambahan lorong dan sebagainya)
· Jalan merbahaya dab jalan-jalan yang selamat serta cadangan-cadangan memperbaiki keadaan jalan dalam kawasan Rancangan Tempatan
· Csdangan-cadangan meminumkan kesan negative kesan dari pembangunan jalan dan langkah-langkah memaksimumkan faedah-faedah ekonomi dan pembangunan
· Keupayaan jalan masa depan (cadangan pelebaran jalan, cadangan naik taraf jalan, jalan baru, pelebaran jalan)
· Kawasan sesak yang memerlukan pembaikan
· Pelan keupayaan jalan sedia ada bagi menampung kapasiti penggunaan masa kini dan masa hadapan. Cadangan-cadangan untuk meningkatkan taraf jalan sama ada melalui penambahan lorong dan sebagainya.
· Kesan terhadap keupayaan jalan (cadangan naik taraf jalan)
· Cadangan jalan pintas, pelebaran dan cadangan jalan baru.
· Pelan perkhidmatan pengangkutan awam semasa dan cadangan pengangkutan awam bersepadu dan kawasan liputan
· Csdangan dan tindakan menyediakan rizab kemudahan pengangkutan awam seperti rizab LRT, MRT, monorail dan sebagainya.
· Cadangan persimpangan baru dan cadangan pembaikan persimpangan sedia ada dan cadangan penyelarasan untuk memnuhi tahap operasi persimpangan (TOP) yang memuaskan
· CAdangan memperbaiki system sirkulasi dalaman Bandar (cadangan lampu isyarat baru dan pemansuhan lampu isyarat sedia ada)
· Cadangan siar kaki dan laluan sikal di kawasan Bandar
· Pemansuhan dan cadangan bulatan baru
· Cadangan papan tanda yang berkesan serta cadangan pemasangan lampu jalan di lokasi yang dikenalpasti
· Cadangan memperbaiki system sirkulasi dalaman Bandar (‘traffic management plan’)
· Pelan kawasan kemalangan dan cadangan pembaikan kawasan kemalangan serta cadangan-cadangan mengurangkan risiko kemalangan di kawasan yang telah dikenalpasti
· Csdangan tempat letak kereta baru dan garis panduan khusus (jika perlu)
· Cadangan terminal baru dan pondok bas dan langkah-langkah memantapkan kemudahan sedia ada
· Mencadangkan polisi, program, garis panduan atau rekabentuk bagi kemudahan golongan kurang upaya di kawasan-kawasan awam seperti di terminal pengangkutan awam, laluan pejalan kaki, tempat letak kereta, pondok bas dan sebagainya
· Mencadangkan garis panduan baru atau garis panduan khas (jika perlu)
· Sebarang cadangan perlulah reaktif dan praktikal untuk dilaksanakan dengan mengambilkira aspek:-
o Kemampuan Kerajaan
o Kewangan Kerjaan Persekutuan (Jabatan Keretapi)
o Economic Of Scale of The Project
o Daya Tampungan / Jumlah Penduduk
o Lain-lain Faktor kemampanan


PERPARITAN DAN SALIRAN
· Pelan kawasan tebatan banjir / Pelan tebatan banjir
· Pelan cadangan jaringan perparitan bagi projek pembaikan dan projek-projek baru
· Garis panduan dan piawaian system perparitan mengikut jenis pembangunan
· Perlu ditunjukkan atau dikenalpasti kawasan mudah banjir di Daerah Alor Gajah


PEMBENTUKAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS)
· Menyediakan dokumen tatacara menggunakan system maklumat RT
· Menyiapkan system maklumat RT
· Menyiapkan system pakar ataupun system maklumat eksekutif RT
· Menyediakan kaedah mengemaskinian data dan kaitan dengan RSN
· Bentuk format data spatial dan atribut sesuai untuk aktiviti kawalan pembangunan

Monday, April 14, 2008

Touch N Go

SUBJEK : KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH ALOR GAJAH
- MEMOHON SALINAN KAD “ TOUCH n GO’

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, satu format baru di dalam penyerahan borang tuntutan perjalanan perlu disertakan dengan salinan kad “Touch n Go” sepertimana yang telah dimaklumkan kepada kami oleh pihak Pejabat Projek Melaka.

3. Penyerahan salinan kad “Touch n Go” sebagai lampiran tuntutan adalah berkuatkuasa pada bulan Mac 2008 untuk mengetahui nombor siri Kad Touch n Go tuan/puan

4. Adalah besar harapan kami supaya pihak tuan/ puan dapat menyerahkan salinan kad Touch n Go kepada pihak kami bagi tujuan lampiran di dalam borang Tuntutan perjalanan bulanan (Mac) tuan/puan supaya ianya dapat diproses, dan kami memerlukan sebanyak 8 salinan lagi untuk tujuan awasan dan kegunaan bulan-bulan seterusnya.

5. Kerjasama dari pihak tuan dan puan didalam menyegerakan penyerahan salinan tersebut amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



Sekian Terima Kasih.

Sunday, February 10, 2008

Dua mesyuarat

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan dua (2) mesyuarat akan diadakan seperti berikut:

1/ Mesyuarat Pemantauan RTD Alor Gajah

Tarikh :
13 Februari 2008 (Rabu)

Masa :
9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat :
JPBD, Tingkat 20, Wisma Tun Sambathan, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur.



2/ Mesyuarat perunding bil.06 (Susulan perbincangan konsep dan strategi pembangunan Daerah Alor Gajah - input daripada sektoral)

Tarikh :
14 Februari 2008 (Khamis)

Masa :
2.30 petang - 5.30 petang


Tempat :
Bilik Mesyuarat YD Planners, No. 38A Jalan Bola Tampar 13/14, Shah Alam, Selangor



Semua perunding-perunding sektor diwajibkan hadir.

Sekian, terima kasih.

Monday, January 21, 2008

Perbincangan Pelan Konsep

Kepada semua pernding

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman, satu mesyuarat konsep dan strategi pembangunan akan diadakan pada ketentuan dan masa seperti berikut:

3. Tarikh : 25 Januari 2008 (Jumaat)
Masa : 2.45 petang – 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat YD Planners
No. 38A Jalan Bola Tampar 13/14
Shah Alam, Selangor

4. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut
i. Pembentangan Analisis GIS Alor Gajah
ii. Perbincangan Kandungan Laporan Konsep dan Strategi Pembangunan RTD Alor Gajah
iii. Penyerahan format Peta Asas Digital Terkini mengikut BP dan BPK serta Pusat Bandar





5. Semua perunding-perunding sektor diwajibkan hadir.


Sekian Terima Kasih.

Yang benar,

.......................................................
(YOUNG DAUD BIN NORDIN ALI)
Prinsipal

s.k :
- Pejabat Projek Melaka
(U.P: En. Khairul Azman )

- Majlis Perbandaran Alor Gajah,
(U.P: En. Saifuddin B. Karim)

Thursday, January 10, 2008

Kemajuan Terkini

Salam.Lama tak memantau. Pengurus Projek sudah bertukar tangan.
Walaupun sepi, diharap kerja berjalan. Kita masih lagi mengikut jadual.

Jadi, untuk mengikut masa seperti yang ditetapkan.Semua perunding diminta menyiapkan Laporan DRT Awal. Oleh yang demikian, satu mesyuarat kordinasi perunding akan diadakan pada ketentuan dan masa yang akan diberitahu kelak.

Laporan DRT Awal (Peta Cadangan & Penyataan Bertulis) perunding ATAU input teknikal daripada perunding tuan, semua hendaklah sampai kepada Perunding Utama (YD Planners) sebelum 11 Februari 2008. Perunding luar yang terlibat adalah seperti berikut:
1/ Asas Ekonomi
2/ Pertanian, penternakan & perhutanan
3/ Pembangunan Pelancongan - Warisan & Konservasi & Rekabentuk Bandar
4/ Pengurusan Alam Sekitar
5/ Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas
6/ Infrastruktur dan Utiliti
7/ Sistem Maklumat Geografi

Pelan Digital terkini akan diserahkan kepada perunding yang merangkumi :
Satu Daerah Alor Gajah
Pecahan Mengikut Blok Perancangan (BP); 8 BP Kesemuanya
Pecahan mengikut Pusat Pertumbuhan Utama (PPU); 4 Pusat Bandar perlu diperincikan [Alor Gajah, Masjid Tanah, Pulau Sebang, Durian Tunggal]

Format Pelan Subjek & Pelan Sisip adalah saiz A4. Mengikut kesesuaian laporan yang disediakan oleh pihak tuan. Kami akan susunkannya kemudian.Pelan perlu disediakan dalam format imej dan mapinfo table. Jika perunding menghadapai masalah dalam penyediaan peta.

Kami sedia membantu. Harap maklum.