Monday, January 21, 2008

Perbincangan Pelan Konsep

Kepada semua pernding

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman, satu mesyuarat konsep dan strategi pembangunan akan diadakan pada ketentuan dan masa seperti berikut:

3. Tarikh : 25 Januari 2008 (Jumaat)
Masa : 2.45 petang – 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat YD Planners
No. 38A Jalan Bola Tampar 13/14
Shah Alam, Selangor

4. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut
i. Pembentangan Analisis GIS Alor Gajah
ii. Perbincangan Kandungan Laporan Konsep dan Strategi Pembangunan RTD Alor Gajah
iii. Penyerahan format Peta Asas Digital Terkini mengikut BP dan BPK serta Pusat Bandar





5. Semua perunding-perunding sektor diwajibkan hadir.


Sekian Terima Kasih.

Yang benar,

.......................................................
(YOUNG DAUD BIN NORDIN ALI)
Prinsipal

s.k :
- Pejabat Projek Melaka
(U.P: En. Khairul Azman )

- Majlis Perbandaran Alor Gajah,
(U.P: En. Saifuddin B. Karim)

Thursday, January 10, 2008

Kemajuan Terkini

Salam.Lama tak memantau. Pengurus Projek sudah bertukar tangan.
Walaupun sepi, diharap kerja berjalan. Kita masih lagi mengikut jadual.

Jadi, untuk mengikut masa seperti yang ditetapkan.Semua perunding diminta menyiapkan Laporan DRT Awal. Oleh yang demikian, satu mesyuarat kordinasi perunding akan diadakan pada ketentuan dan masa yang akan diberitahu kelak.

Laporan DRT Awal (Peta Cadangan & Penyataan Bertulis) perunding ATAU input teknikal daripada perunding tuan, semua hendaklah sampai kepada Perunding Utama (YD Planners) sebelum 11 Februari 2008. Perunding luar yang terlibat adalah seperti berikut:
1/ Asas Ekonomi
2/ Pertanian, penternakan & perhutanan
3/ Pembangunan Pelancongan - Warisan & Konservasi & Rekabentuk Bandar
4/ Pengurusan Alam Sekitar
5/ Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas
6/ Infrastruktur dan Utiliti
7/ Sistem Maklumat Geografi

Pelan Digital terkini akan diserahkan kepada perunding yang merangkumi :
Satu Daerah Alor Gajah
Pecahan Mengikut Blok Perancangan (BP); 8 BP Kesemuanya
Pecahan mengikut Pusat Pertumbuhan Utama (PPU); 4 Pusat Bandar perlu diperincikan [Alor Gajah, Masjid Tanah, Pulau Sebang, Durian Tunggal]

Format Pelan Subjek & Pelan Sisip adalah saiz A4. Mengikut kesesuaian laporan yang disediakan oleh pihak tuan. Kami akan susunkannya kemudian.Pelan perlu disediakan dalam format imej dan mapinfo table. Jika perunding menghadapai masalah dalam penyediaan peta.

Kami sedia membantu. Harap maklum.