Wednesday, October 31, 2007

Slide persembahan

Salam semua perunding,

Mesyuarat pada 5 Nov 07 di PPKL comfirm.
Corus Paradise Resort, Port Dickson
3.5 Km Jalan Pantai
Port Dickson
NEGERI SEMBILAN
2.00 ptg - 5.00 ptg [3 jam] Wo!

Sila buat slide persembahan anda (bahagian sektor masing-masing) dan serah kepada kami selewat-lewatnya pada Sabtu (3 Nov 2007) untuk tujuan penyelarasan. Bukan apa. Slide ini nanti berguna untuk Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal yang betul-betul punya yang dijangkakan pertengahan bulan November.

Gunakan latarbelakang putih untuk slide anda. Harap maklum. Apa yang perlu kita bentang?
Asasnya, kita perlu bentang Ringkasan Penemuan, Strategi & Cadangan Awal.


.

Wednesday, October 10, 2007

Sila kemukakan Laporan Penemuan terkini kpd kami dengan font merah bahagian yang dipinda. Atau Jika keseluruhan laporan sila beri sekali hardcopy

Semua perunding diminta menyerahkan Laporan Penemuan yang telah dikemaskini kepada Perunding Utama sebelum atau pada 25 Okt 2007. Jika perunding sokongan tidak mengemukakan pada tarikh yang ditetapkan, kami tolak mentah-mentah. Kami garang! Hahaha.. Kami perlu semak dan sunting terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Pej. Projek Melaka. Jadi, kami punya masa lima hari termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Perunding Utama perlu menyerahkan Laporan kepada Pej. Projek pada 31 Okt 2007.

Satu mesyuarat penyelarasan perunding akan diadakan pada 1 Nov 2007 (Khamis) pada jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat YD Planners untuk penyerahan perkara-perkara berikut* :
1. Sesalinan Laporan Penemuan kepada perunding (softcopy) - Perunding diminta mencetak sendiri untuk kegunaan mesyuarat nanti.
2. Format slide pembentangan kepada perunding (format power point)

*Bagi tujuan penyerahan, sila hantar wakil untuk ambil perkara yang dimaksudkan pada tarikh tersebut.

Slide pembentangan (softcopy) perlu dikemukakan semula kepada perunding utama sebelum atau pada 2 Nov 2007 (Jumaat) sebelum jam 4.00 petang kepada Perunding Utama. Jika ada perubahan saat-saat akhir sila maklum kepada kami.

___
Nota : Pej. Projek akan mengadakan satu Mesyuarat Pra-Penyelarasan Teknikal peringkat Laporan Penemuan pada ketentuan seperti berikut :
Tarikh : 05 Nov 2007 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pej. Penyelarasan Projek, JPBD Semenanjung Malaysia, Tingkat 20, Wisma Tun Sambanthan 50000 Kuala Lumpur


Sekian,

Jika perunding sokongan mengemukakan lebih awal lagi bagus. Sangat dialu-alukan. Jadi, ada dua perkara
1. Mengemukakan laporan dan slide pembentangan tepat pada masa.
2. Laporan dan slide yang tepat pada masa dipastikan kualitinya terjamin.

Kami yakin anda boleh! Kita boleh!



Dikemaskini pada 10 Okt 2007
Dikemaskini semula pada 23 Okt 2007

Wednesday, October 3, 2007

Kemajuan

Terdapat dua perkara penting;
1. Serah pada masa yang ditetapkan
2. Serah mengikut atau menepati kehendak laporan

Setakat ini, input sektoral yang telah diserah kepada perunding utama
a. Sektor Pertanian 1 Okt 2007
b. Sektor Pengurusan alam sekitar 2 Okt 2007
c. Sektor Lalulintas 8 Okt 2007
d. Sektor Pelancongan, rekabntuk, warisan Belum
e. Sektor Perdagangan & Industri Belum
f. Sektor Dalaman (....)

Akan dikemaskini...


Secara logik, 10 Okt 2007 tak boleh menyerahkan laporan penemuan. Tak boleh! Jika laporan penemuan (kemajuan yang dicapai) boleh. Heheheh.. Perunding utama memerlukan sekurang-kurang 2 minggu untuk sunting dan semak sebelum diserah kepada Pejabat Projek. Kami mahukan hasil yang berkualiti bukan cincai.

Tuesday, October 2, 2007

Respon

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Berunding lebih baik daripada menuding.

Kami buat yang terbaik. Jika mahu yang terbaik, semua aspek harus baik. Lebih baik kita respon daripada kita dok diam saja kan? Tapi bila dah respon jangan pula disalah erti respon ini. Baik, perunding utama respon.

Perunding utama telah meminta perunding sokongan menyerahkan Laporan penemuan yang telah dikemaskini dan dimantapkan pada 28 Sept 2007 untuk disunting oleh perunding utama. Sehingga kini (2/10/2007) masih tiada perunding sokongan yang menghantar kepada kami kecuali sektor pertanian yang dihantar pada 1/10/2007. Bukan, bukan perunding utama menyalahkan mana-mana pihak. Tiada niat.

Nampaknya, pada 1/10/2007 perunding utama telah membuat susulan melalui telefon dan perunding sokongan semua berjanji akan menyerahkan pada 2/10/2007. Petanda-petanda menunjukkan, apabila perunding utama membuat susulan telefon barulah perunding-perunding sokongan sibuk dengan Alor Gajah. Oleh yang demikian, perunding utama sudah pasti akan menerima beban di atas bahu jemala patik kerana perunding sokongan menghantar saat-saat akhir. Bukan kita tak tahu suti Hari Raya bermula pada 11/10/2007 sehingga 18/10/2007 (Seminggu). Jadi, bila masa kami nak sunting? Bila masa laporan hendak diserah? Dan bila masa pejabat projek nak baca laporan? Kami khuatir laporan ini sangat rendah kualitinya jika diserahkan sebagaimana yang diminta.

Sesungguhnya kejayaan projek ini bukan hanya bergantung kepada perunding utama. Ia juga bergantung kepada pengurusan yang baik. Maknanya, kerjasama dari semua pihak. Lebih banyak kita menuding menyalahkan orang lain, sebenarnya lebih banyak lagi ia adalah sebenarnya kesalahan kita. Projek ini perlu pemanduan dan halatuju. Jadi, pada 10/10/2007 perunding utama tidak boleh menjanjikan apa-apa laporan yang sudah lengkap kerana kita belum ada 'Tecnichal Working Group' bersama pejabat projek. Dan saya difahamkan, pada 25/10/2007 pejabat projek ingin membuat satu mesyuarat kemajuan. Jika mesyuarat kemajuan maka laporan perlu dan sedang bertungkus-lumus untuk disiapkan.

Respon:
1. Perunding utama banyak menghabiskan masa untuk kemaskini pelan digital gunatanah yang diberi tidak lengkap. Makan masa nak buat benda ini. Jika 'base' kita silap. Tidakkah semua akan silap. Kan?
2. Data-data asas juga yang sepatutnya disediakan di peringkat mobilisasi juga tidak ada dan tidak disediakan walhal perkara ini disediakan seharusnya sudah ada di peringkat mobilisasi. Sekadar data asas tidak mencukupi kerana ada data-data yang masih diperlukan.
3. Perunding dikejutkan dengan tarikh-tarikh yang mendadak dari sepatutnya sebagaimana yang dirancang mengikut jadual. Cth: Laporan awal dipercepatkan sebulan, laporan penemuan satu perlu diserahkan seawal yang boleh.

Ini respon saja. Angaplah ia santai untuk sama-sama dinilai. Rancangan Tempatan yang kita buat milik bersama dan kepunyaan bersama.

Monday, September 17, 2007

Ke arah Laporan Penemuan Dua yang meletup

LAPORAN PENEMUAN SATU : Telah dihantar namun kurang memuaskan dan perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi kajian ini. Niatlah ke arah kebaikan dan penuh keikhlasan.

KE ARAH LAPORAN PENEMUAN DUA :
Saya mulakan bicara diskusi dengan santai.

Oleh itu, semua perunding diminta memberikan kerjasama untuk memperkemaskan Laporan Penemuan Satu yang akan diberikan salinan softcopy mengikut teras melalui emel. Sila serahkan semula kepada kami pada 24 Sept 2007 (Isnin) salinan softcopy. Sesempat yang boleh kerana semua perlu berhari raya dengan gembira. Boleh kan? Laporan akan diserah kepada pejabat projek awal bulan Oktober 2007. Boleh kan pejabat projek?

Antara Beberapa perkara perlu diberikan perhatian khusus dalam penulisan Laporan:

1. Sila rujuk Laporan Pemeriksaan Draf RSN Melaka yang diserahkan melalui CD di awal kajian. Diulangi, Laporan Pemeriksaan. Dalam laporan tersebut semua dah ada. Tinggal kebijaksanaan perunding untuk pilih dan tapis mana-mana yang berkaitan dan update data-data untuk digunakan bagi tahun kajian 2006. Juga laporan-laporan yang berkaitan perlu dirujuk. RT Alor Gajah terdahulu misalnya.

2. Data asas 2005 dan 2006 telah diberi kepada semua perunding sektoral pada 5 Ogos 2007 dalam bentuk softcopy melalui emel masing-masing. Pilih dan masukkan dalam penulisan laporan sektoral anda jika berkaitan. Harap maklum. Jangan kata kepada kami data tiada tetapi dalam data asas 2005 dan 2006 dijumpai.

3. Perunding perlu menyediakan analisis yang baik dalam penulisan bagi semua isu strategik perancangan yang telah dibangkitkan di dalam Laporan Awal terdahulu mengikut teras. Tunjukkan kepakaran anda dan kehebatan perunding yang berwibawa sekalian. Saya yakin perunding sektoral terdiri daripada perunding cemerlang dan terbilang.

4. Semua analisis yang disediakan perlu disokong oleh fakta. Karangan berbunga-bunga dan penulisan 'kosong' tidak dibenarkan langsung. Ringkas dan padat kalau boleh. Semua masalah perlukan penyelesaian yang terbaik- ‘condemning statement’ atau ayat yang tidak memberi sokongan tidak harus digunakan. Bagilah jalan penyelesaian. Berikanlah yang terbaik.

5. Perunding yang terlibat dengan unjuran perlu menyediakan unjuran yang berkenaan dengan teknik yang sesuai dan justifikasi yang sesuai. Pelancongan, perdagangan, perindustrian, pertanian, kemudahan masyarakat, kawasan rekreasi, perumahan, lalulintas, utiliti dan infrastruktur misalnya. Oh ya, untuk pengetahuan pejabat projek. Unjuran penduduk diambil daripada RSN Melaka dan tiada unjuran baru dilakukan. Boleh kan?

6. Strategi pembangunan hendaklah disediakan di dalam bentuk strategi fizikal, strategi ekonomi, strategi alam sekitar dan strategi sosial untuk memudahkan urusan sektor Penilaian Kemampanan membuat penilaian. Sila berikan kerjasama ya.

Format strategi dan cadangan am adalah seperti berikut [ contoh ]
Memperkukuhkan ekonomi Daerah Alor Gajah bla bla bla
Strategi ini dikemukakan dalam satu penyataan yang ringkas dan jelasn sasaran dan halatuju yang ingin dicapai ke arah mana. Ayat strategi perlu dimulakan samada memperkukuhkan, meningkatkan, memajukan, menjadikan, membangunkan dan sebagainya...

Cadangan
a) Membangunkan tanah-tanah industri yang masih kosong dan usaha menarik pelabur dipergiatkan
b) Memajukan kawasan tanah terbiar untuk diusahakan.
c) bla bla bla...

7. Penulisan strategi haruslah menepati ciri-ciri berikut selain menterjemah dasar-dasar yang dikemukakan oleh RSN Melaka iaitu:
a) Mencapai teras pembangunan yang digariskan.
b) Mencapai objektif yang telah digariskan.
c) menyelesaikan isu induk atau isu strategik yang telah dipersetujui.
Maknanya, strategi yang digariskan mengikut teras disokong dengan cadangan-cadangan awal samada berbentuk fizikal, ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Oh ya, kepada semua perunding sektoral seperti pelancongan & rekabentuk bandar, perdagangan & perindustrian, pertanian, pengangkutan & lalulintas, infrastruktur dan alam sekitar akan diberi pelan digital gunatanah terkini yang boleh dijadikan asas untuk tindakan kita bersama. Pelan digital ini dikemaskini dalam 90 peratus siap. Tindakannya seperti berikut:
- Sektor pelancongan : Perunding utama dan GIS memerlukan input lokasi produk-produk pelancongan
- Sektor perdagangan & industri : Perunding-perunding utama memerlukan maklumbalas dari anda untuk kawasan-kawasan perdagangan (khususnya kawasan pusat bandar) dan kawasan-kawasan industri.
- Sektor pertanian : Perunding utama memerlukan input keluasan kawasan pertanian mengikut jenis. Jika boleh dapatkan lokasi kawasan penternakan khinzir yang terdapat dalam kawasan kajian daripada Jabatan Veterinar.
- Sektor pengangkutan dan lalulintas : Perunding utama akan beri jajaran jalan dan sila maklumbalas jika kurang lengkap. Jalan pengagih tempatan sedang dikemaskini.
- Sektor alam sekitar : Perunding utama perlu dapat pengesahan daripada sektor ini untuk taburan dan lokasi KSAS.

Kerjasama tuan-puan di dalam kajian ini saya hargai dan dengan perasaan rendah diri. Ho ho ho... Kita boleh!

Nescaya lebih mantap Laporan Penemuan nanti.


Pembantu ketua perunding.

~ Akan dikemaskini ~

Monday, July 30, 2007

Gambarfoto part1

Hutan rekreasi Sungai Udang

Empangan Durian Tunggal


Hasil Kraftangan



Batu Megalith




Advance Technology (ADTEC), Melaka

Thursday, July 19, 2007

Bengkel FGD Isu Strategik RTD Alor Gajah

Seperti yang dibincangkan bersama Pengurus Projek (Pn. Lim Siew Chin) satu bengkel FGD Isu Strategik akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh :
27 Julai 2007 (Jumaat)

Masa :
8.00 pagi - 6.00 petang

Tempat :
Carlton Holiday Hotel & Suites <<<>
Setia Hall, Level 1
No 1, Persiaran Akuatik
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Tel : 03-80738080

Pengerusi :
Pengarah Pejabat Projek Melaka

Agenda :
rujuk di bawah

Semua perunding diminta hadir ke bengkel tersebut untuk menjayakannya. Penginapan disediakan bagi perunding di luar Lembah Klang iaitu O&L Jurutera Perunding dan Hiway Matra Sdn. Bhd. Maaf untuk perunding dari Lembah Klang.

Untuk menjayakan bengkel percambahan minda ini. Tiga kumpulan akan dibentuk seperti berikut:

Kumpulan 1 : Social Welfare
Ketua : En. Young Daud B. Nordin Ali
Pencatat : Pn. Mahani Binti Mohamad Yahya
dan ahli-ahlinya

Kumpulan 2 : Environmental Integrity
Ketua : En. Ishak B. Ariffin
Pencatat : En. Saifuddin B. Marsuk
dan ahli-ahlinya

Kumpulan 3 : Economy Prosperity
Ketua : Dr. Sharifuddin Bin Ujang
Pencatat : Cik Hasnah Binti Marjunit
dan ahli-ahlinya

AGENDA BENGKEL FGD

08.00 am - 10.30 am
Percambahan minda isu & potensi (berkumpulan)
- Perbincangan sebab & akibat sesuatu isu

10.30 am - 11.00 pm
Minum pagi

11.00 am - 12.30 pm
Memuktamadkan isu strategik (berkumpulan)

12.15 pm - 02.45 pm
Rehat - makan tengahari & solat Jumaat

02.45 pm - 03.30 pm
Rumusan & Pembentangan Isu Strategik

03.30 pm - 04.00 pm
Perbincangan Hubungkait Antara Isu Strategik

04.00 pm - 05.00 pm
Perbincangan keperluan data berkaitan isu

05.00 pm - 05.30 pm
Minum Petang

05.30 pm - 06.00 pm
Persetujuan Kos Kajian Lapangan (Hanya Pej. Projek Melaka & Perunding-perunding yang terlibat dalam Kajian Lapangan)

YD Planners telah menghantar faxs surat panggilan kepada semua perunding pada 20/7/2007. Juga softcopy teleh diemel ke
alorgajahat@yahoo.com
. Harap maklum.

Oh ya, semua perunding boleh mula kajian lapangan dan penulisan Laporan Penemuan.

Monday, June 18, 2007

Thursday, June 14, 2007

Yo! Mari Melawat Alor Gajah

Adalah dimaklumkan bahawa semua perunding sektor yang terlibat dalam kajian RTD Alor Gajah (2007-2020) diWAJIBkan mengikuti satu tinjauan awal tapak di Daerah Alor Gajah. Bermula dari 18 Jun 2007 hingga 20 Jun 2007 (3 hari 2 malam). Perincian program lawatan tapak adalah seperti berikut :

18/06/2007 (Isnin)
2.30 pm
Taklimat ringkas di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) oleh wakil MPAG

4.00 pm
Jamuan Ringan

Bermalam di Melaka/ Alor Gajah


19/06/2007 (Selasa)
9.00 am
Berkumpul di MPAG

9.30 am
Lawatan tapak bersama MPAG, Pasukan Teras dan perunding menaiki bas

1.00 pm
Rehat dan Makan Tengahari

2.00 pm
Sambungan lawatan tapak

5.00 pm
Minuman ringan - Bersurai
Bermalam di Melaka


20/06/2007 (Rabu)
9.00 am
Berkumpul di Pej Projek Melaka (Lawatan tapak pesisir pantai Melaka menaiki bot)

1.00 pm
Rehat dan makan tengahari

2.00 pm
Sambungan lawatan tapak

5.00 pm
Minuman ringan - bersurai


Senarai semak keperluan lawatan tapak:
Peta Asas (disediakan perunding utama) A3
Kamera digital (manual tidak digalakkan)
Video kamera (jika ada)
Pakaian secukupnya
Wang saku secukupnya
Buku nota & alatulis
Topi & sapu tangan
* jangan lupa bawa diri.

Nota kaki : Penginapan adalah tanggungjawab perunding masing-masing. Terpulang pada anda mahu menginap di mana. Kami bagi kebebasan. Yeay!

Monday, May 28, 2007

Ya, semakan sedang dilakukan


Laporan awal sedang disemak oleh pasukan teras Pej. Projek Melaka untuk dibawa ke mesyuarat. Para pasukan perunding sekalian, bolehlah meneruskan kerja-kerja yang seterusnya dengan memikirkan apakah output yang kalian mahu keluarkan?
Peta asas sedang ditambah-baik oleh pasukan teras. Katanya awal bulan Jun. Jika tidak, perunding utama dan perunding GIS perlu turun padang untuk verifikasi.

Wednesday, May 23, 2007

Pendekatan baru?!



Laporan Awal RTD Alor Gajah (2007-2020) telah berjaya disiapkan. Laporan ini telah disubmit kepada Pejabat Projek Melaka pada 23 Mei 2007 beserta dengan invois tuntutan sebanyak 20% daripada kos keseluruhan kajian.

Pendekatan baru yang diadaptasi dalam kajian kali ini adalah
1/ Base on objective driven
2/ Issues & Problem Solving
3/ Main finding
4/ Sustainable approach
5/ User friendly output of the study

Oleh yang demikian, dalam memandu kajian ke arah ini. Objektif kajian yang digariskan diawal telah disemak semula. Objektif awal kajian adalah seperti berikut:

i. Mempertingkatkan potensi kewujudan institusi pengajian tinggi untuk menjadikan Daerah Alor Gajah sebagai daerah pendidikan terunggul;

ii. Memperkasakan sektor pelancongan yang bersepadu berasaskan rekreasi dan warisan sejarah sebagai sumber ekonomi daerah pada masa hadapan;

iii. Merancang strategi pembangunan fizikal dan ekonomi berasaskan sektor pertanian moden yang lebih berdaya saing;

iv. Mencapai pembangunan fizikal dan gunatanah yang optimum dan lestari bagi memastikan keseimbangan pembangunan antara petempatan dan kualiti alam sekeliling;

v. Meningkatkan kualiti hidup yang sejahtera bagi setiap penduduk;

vi. Memperkukuh sistem urustadbir perancangan dan pembangunan yang efektif.


Objektif dirangka semula semula berikut:

i. Memperkasakan sektor pelancongan yang bersepadu berasaskan pelancongan rekreasi, pertanian, warisan, budaya, makanan dan beli-belah sebagai penyumbang ekonomi daerah;

ii. Memajukan sektor pertanian melalui kaedah-kaedah pertanian moden yang berdaya maju bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk desa;

iii. Menjadikan kawasan Simpang Ampat sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baru daerah dan pintu masuk ke Negeri Melaka dari arah utara dan transit dari arah selatan;

iv. Merancang pembangunan fizikal dan gunatanah yang optimum dan lestari bagi memastikan keseimbangan di antara keperluan pembangunan ekonomi, pengekalan khazanah dan pemeliharaan warisan semulajadi;

v. Meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui penyediaan perumahan yang selesa dan kemudahan-kemudahan perbandaran yang setara dengan keperluan penduduk;

vi. Memperkukuh keupayaan urustadbir Majlis Perbandaran Alor Gajah bagi memastikan pelaksanaan perancangan dan pembangunan yang berkesan.


Semua sektor kajian akan dipandu berdasarkan objektif kajian ini dan objektif sektoral masing-masing. Di samping itu, sektor kajian harus mengenalpasti isu-isu mengikut keutamaan yang perlu diselesaikan.

Untuk itu, sektor penilaian kemampanan akan memandu dari segi pencapaian objektif kemampanan dan penerapan indikator awal dalam usaha mencapai ke arah ini.

Jadi, di peringkat ini juga, semua perunding sektoral harus memikirkan output kajian masing-masing yang mahu dihasilkan dalam bentuk rajah, jadual, gambarajah, huraian ringkas dan persembahan yang menarik.

Entri seterusnya akan membentangkan isu-isu sektoral yang ditemui di peringkat awal. Mari kita cuba pendekatan baru ini. Kita cuba. Ya, kita cuba. Trial & Error.

Friday, May 18, 2007

Draf Pertama Laporan Awal.

Draf Laporan Awal RTD Alor Gajah (2007-2020) telah berjaya disiapkan pada 16/5/2007. Pelan Asas Gunatanah hanya merangkumi 60% siap. Pihak pasukan teras akan mengemaskini pelan asas tersebut dan dijangka siap pada awal bulan Jun 2007.

Pada 17/5/2007 satu perbincangan mengenai Laporan Awal telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) jam 11.30 pagi. Bermula agak lewat kerana ada mesyuarat sebelum yang lewat selesai. Dipengerusikan oleh Yang DiPertua (YDP), Tuan Haji Baharom.

Perkara-perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:
1/ YDP mahukan always bare ini mind apabila membuat kajian ini iaitu: Why I must come to Alor Gajah? Why must I invest in Alor Gajah? What are so sepcial in Alor Gajah?
2/ Isu banjir dan tanah runtuh perlu diambil perharian dan dimasukkan dalam kajian agar satu pelan dan tindakan dapat membantu pihak majlis. Pelan induk perparitan.
3/ Objektif menjadikan daerah Alor Gajah sebagai daerah pendidikan terunggul sukar dicapai dan harus disingkirkan sebaliknya menjadikannya sebagai pelancongan rekreasi kerana lebih banyak produk pelancongan berasaskan rekreasi seperti taman tema A Famosa, pantai, dusun dan sebagainya.
4/ Penglibatan bumiputera dalam perniagaan
5/ Pelancongan; cahaya, bersih, indah.
6/ Shopping heaven; namun Alor Gajah tiada hypermarket yang besar.
7/ Menjadikan tasik buatan terbesar sebagai produk pelancongan dan rekreasi.
8/ Mengambil kesempatan dan peluang ke atas limpahan pembangunan dari Melaka Tengah dan daerah bersempadan.
9/ Paya Datoh; pusat kraftangan.
10/ Koridor Alor Gajah - Simpang Ampat > imej dan identiti.
11/ Isu penternakan khinzir yang mencemarkan sungai dan pantai. Kaedah yang terbaik.
12/ Legalize gerai-gerai yang tidak terancang dan didirikan secara haram.
13/ Pelan Induk Landskap Alor Gajah sudah ada.
14/ Semua tindakan perlu diterjemahkan dalam konteks spatial agar membantu pihak Majlis untuk menunjukkan kepada klien jika terdapat sebarang permohonan.

Kepada perunding yang ada tambahan. Sila maklum di sini. Klik komen. Atau di kotak pandangan perunding yang bewarna biru. Atau emel kepada trio3 AT streamyx DOT com.

Friday, May 11, 2007

Susulan Laporan Awal

Status submittion Laporan Awal (hardcopy + softcopy) oleh sub-perunding adalah seperti berikut:

1/ Puan Herlina [Peers Consult]
Pembangunan Pelancongan (warisan/ konservasi & rekabentuk bandar)
Belum Sudah. Melalui emel

2/ Dr. Kamaruzaman Ujang [Peers Consult]
Asas Ekonomi
Belum Sudah. Melalui emel

3/ Dr. Sharifuddin Abdul Hamid [Peers Consult]
Pertanian, Penternakan & Perhutanan
Belum Sudah. Melalui emel

4/ Pn. Sakurah Jamaluddin [Prisma R&D]
Pemb. Fizikal & Gunatanah (Perniagaan & Perindustrian)
Belum Sudah. Melalui emel

5/ Ir. Othman Abd. Rahim [O&L Jurutera Perunding]
Infrastruktur dan Utiliti
Belum Sudah. Melalui emel

6/ En. Ishak Ariffin [Via Natura Sdn. Bhd.]
Pengurusan Alam Sekitar.
Belum Sudah. Melalui emel

7/ En. Kamarulzaman Abu Hassan. [Hiway Matra]
Pengangkutan & Pengurusan Lalulintas
Belum! Belum Sudah. Melalui emel

8/ En. Affandi Bahador [CCIS Integration]
Sistem Maklumat Geografi: GIS & EIS
Sudah! 11/05/07. Jam 4.36 p.m


.

Wednesday, May 9, 2007

Objektif & skop (awal)

Objektif Pembangunan Alor Gajah

i. Mempertingkatkan potensi kewujudan institusi pengajian untuk menjadikan Daerah Alor Gajah sebagai Daerah pendidikan terunggul;

ii. Memperkasakan sektor pelancongan yang bersepadu berasaskan rekreasi dan warisan sejarah sebagai sumber ekonomi daerah pada masa hadapan

iii. Merancang strategi pembangunan fizikal dan ekonomi berasaskan sektor pertanian moden yang lebih berdaya saing

iv. Mencapai pembangunan fizikal dan gunatanah yang optimum dan lestari bagi memastikan keseimbangan pembangunan antara petempatan dan kualiti alam sekeliling

v. Meningkatkan kualiti hidup yang sejahtera bagi setiap penduduk

vi. Memperkukuh sistem urustadbir perancangan dan pembangunan yang efektif.

Daripada senarai objektif di atas, penentuan skop (awal) dilakukan dan masih belum dimuktamadkan sehingga Laporan Awal dihasilkan untuk dibawa berbincang bersama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Oleh itu, ada sesetengah sektor, penentuan skop sangat terus berkait kepada pencapaian objektif. Ada sesetengah sektor perlu menentukan skopnya sendiri kerana agak sukar bagi mengaitkan dengan pencapaian objektif tetapi dirasakan sektor itu perlu dalam kajian. Walau bagaimanapun, semua perunding diminta melihat kembali skop (awal) mereka untuk diajukan kepada YD Planners. Ingat! Lihat kembali. Berikut adalah skop (awal) yang diajukan.


Asas Ekonomi

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Menganalisis senario keadaan semasa institusi pengajian sedia ada;

ii. Mengkaji tahap penyediaan dan taburan kemudahan awam yang telah disediakan untuk menyokong pembangunan institusi pengajian;

iii. Mengkaji keperluan perumahan di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi;

iv. Mengkaji sumbangan dan potensi ekonomi dalam sektor pendidikan, pertanian, pelancongan serta mencadangkan peluang-peluang peningkatan pelaburan dan pekerjaan penduduk;

v. Mencadangkan halatuju perancangan dan pembangunan daerah Alor Gajah berpandukan kepada penemuan asas ekonomi;

vi. Menggunakan indikator MuniNet (Malaysian Urban Indicator Network) sebagai sasaran kemampanan.


Pembangunan Pelancongan (termasuk warisan/ konservasi & rekabentuk bandar)

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:

i. Menganalisis faktor-faktor asas ekonomi sektor pelancongan dan keupayaan mewujudkan sektor pekerjaan dan pelaburan termasuk tren perkembangannya serta sistem jaringan (network);

ii. Menyediakan satu inventori yang lengkap berkenaan dengan sumberjaya dan produk pelancongan termasuk dari segi lokasi, produk, kuantiti dan kualiti;

iii. Menganalisis kecukupan kemudahan pelancongan sokongan dari segi kuantiti dan kualiti serta langkah perancangan terlibat di kawasan tumpuan pelancongan;

iv. Merangka asas kepada tujuan pembentukan pelan pengurusan pelancongan (Tourism Management Plan) yang mantap;

v. Mengenalpasti, memelihara dan memperkaya ciri-ciri imej tersendiri di setiap bandar/ pekan yang berpotensi untuk menjadi tarikan pelancongan;

vi. Merancang pembangunan utiliti dan infrastruktur yang lengkap bagi menampung keperluan pelancongan semasa dan akan datang;

vii. Menganalisis penglibatan penduduk setempat dalam sektor pelancongan dan potensi aktiviti pelancongan berteraskan pertanian atau penternakan;

viii. Merangka dan merancang pengkuhususan pengezonan aktiviti pelancongan yang berkaitan;

ix. Menganalisis produk pelancongan sedia ada dan sasaran ‘market segmentation’ yang bersesuaian;

x. Melihat kesesuaian galakan pembangunan pelancongan berskala besar dan pembangunan pelancongan alternatif seperti kampung pelancongan, ‘ethnic tourism’, dan ‘agro tourism’;

xi. Mengemukakan cadangan pelan susunatur (cadangan pelancongan) mengikut kesesuaian projek yang dikenalpasti;

xii. Mencadangkan projek dan program pelancongan, kaedah pelaksanaan, kos yang terlibat dan agensi pelaksana;

xiii. Menggunakan indikator MurniNet (Malaysian Urban Indicator Network) sebagai sasaran kemampanan.


Pertanian, penternakan & perhutanan

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Mengkaji dan menilai keadaan semasa sektor pertanian, penternakan, perhutanan dan sumberjaya desa;

ii. Mengenalpasti peluang penambahan pendapatan dari aktiviti pertanian yang bernilai tambah;

iii. Menggunakan teknik perancangan bagi mengkaji kawasan-kawasan pertanian terbiar yang berpotensi untuk dibangunkan;

iv. Mengkaji jenis tanaman yang berpotensi dan menentukan kawasan-kawasan zon pertanian serta pusat pengumpulan hasil pertanian;

v. Melihat keupayaan aktiviti pemasaran dan agensi yang terlibat dalam aktiviti pertanian serta mencadangkan peluang penambah-baikan;

vi. Melihat punca pencemaran alam sekitar terutamanya di Sungai Linggi dan menentukan langkah penyelesaian;

vii. Membentuk langkah bagi penyediaan kemudahan sokongan bagi membantu perkembangan sektor pertanian;

viii. Melihat daya maju aktiviti penternakan dan pengekalan kawasan perhutanan;

ix. Mengemukakan cadangan pelan susunatur (cadangan pertanian) mengikut kesesuaian projek yang dikenalpasti;

x. Mencadangkan projek dan program pertanian, modus operandi pelaksanaan, kos yang terlibat dan agensi pelaksana.


Perancangan Fizikal & Gunatanah

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Merangka perancangan guna tanah terutama di dalam zon-zon yang dikenalpasti untuk pembangunan;

ii. Mengenalpasti pembangunan perumahan, industri, kemudahan masyarakat, rekreasi bagi mewujudkan persekitaran kehidupan berkualiti;

iii. Memberi tumpuan perancangan, pengagihan dan perletakan komponen perbandaran kepada bandar, pekan-pekan dan petempatan desa;

iv. Meneroka potensi pembangunan fizikal bagi petempatan baru dalam daerah serta menentukan fungsi/ peranannya;

v. Merancang pembangunan lestari sumber jaya asli, kawasan sensitif alam sekitar, kawasan berisiko dan kualiti alam sekitar;

vi. Mengemukakan agihan penduduk mengikut mukim (2007-2016);

vii. Menyemak, mengedit, menyusun dan menghasilkan Laporan Awal;

viii. Menyemak, mengedit, menyusun dan menghasilkan Laporan Penemuan;

ix. Menyemak, mengedit, menyusun dan menghasilkan Laporan Strategi dan Konsep Pembangunan;

x. Menyemak, mengedit, menyusun dan menghasilkan Laporan Rancangan Tempatan;

xi. Menggunakan indikator MurniNet (Malaysian Urban Indicator Network) sebagai sasaran kemampanan.


Perumahan dan Kemudahan Masyarakat

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti keperluan perumahan semasa dan mencadangkan keperluan perumahan pada masa depan;

ii. Mengenalpasti tahap penyediaan dan taburan kemudahan masyarakat yang utama dan mencadangkan keperluan masa depan serta penambah-baikan perkhidmatan mengikut tampungan;

iii. Menentukan zoning dan keperluan kawasan perumahan pada masa hadapan beserta garispanduan kawalan pembangunan dari segi kepadatan, ketinggian, ‘plot ratio’ dan ‘nisbah plot’.

iv. Mencadangkan projek dan program pembangunan perumahan dan kemudahan masyarakat, modus operandi pelaksanaan, kos terlibat dan agensi pelaksana;

v. Menggunakan indikator MurniNet (Malaysian Urban Indicator Network) sebagai sasaran kemampanan.


Analisa Kewangan dan Pelaksanaan Projek

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Menganalisa struktur organisasi sedia ada (MPAG) dan cadangan bagi meningkatkan dan memperkukuhkan keberkesanan organisasi pada masa depan;

ii. Mengenalpasti fungsi dan peranan MPAG agar memberi perkhidmatan yang efisien, cekap dan mampan;

iii. Mengkaji cadangan bagi mempertingkatkan sistem pengawasan perancangan, pengurusan dan pentadbiran serta sumber kewangannya;

iv. Mengenalpasti projek-projek yang hendak dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif kajian dan menggunapakai Rancangan Tempatan yang telah diwartakan;

v. Meninjau pelaksanaan Akta 172 dan sejauh mana penggunaan Kebenaran Merancang serta membuat cadangan penambahbaikan;

vi. Menentukan projek dan program pembangunan serta modus operandi pelaksanaan, kos yang terlibat dan agensi pelaksana;

vii. Menggunakan indikator MurniNet (Malaysian Urban Indicator Network) sebagai sasaran kemampanan.


Perindustrian dan Perdagangan

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Membantu memberi input dari segi spatial untuk perindustrian dan perdagangan dalam proses ‘check & balance’ gunatanah.

ii. Mengkaji kawasan industri sedia ada yang tidak dimajukan dan mencadangkan langkah-langkah pembangunan;

iii. Mengkaji jenis industri yang terdapat di luar kawasan perindustrian berselerak dan mencadangkan tindakan kawalan pembangunan;

iv. Menentukan keperluan ruang lantai perindustrian dan industri perkhidmatan pada masa hadapan serta zoning dan garispanduan khusus (jika ada) di kawasan kajian;

v. Mencadangkan projek dan program perindustrian, modus operandi pelaksanaan, kos yang terlibat dan agensi pelaksana;

vi. Menentukan fungsi dan hierarki pusat petempatan sedia ada serta mencadangkan kawasan petempatan baru;

vii. Memperkukuhkan fungsi bandar Alor Gajah sebagai pusat perniagaan utama daerah dan sebagai pelengkap kepada pertumbuhan bandar Melaka dan bandar Tampin;

viii. Membentuk keperluan ruang lantai perniagaan dan perdagangan masa hadapan bagi pusat-pusat petempatan dan garispanduan dari segi ‘plot ratio’ dan ‘plinth area’ untuk kawasan perniagaan;

ix. Mengemukakan cadangan pelan susunatur (cadangan perindustrian dan perdagangan) mengikut kesesuaian projek yang dikenalpasti;

x. Mencadangkan projek dan program perniagaan, modus operandi, kos yang terlibat dan agensi pelaksana.


Pengangkutan dan pengurusan lalulintas

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Mengkaji rangkaian/ sistem perhubungan wilayah

ii. Merancang keadaan semasa sistem pengangkutan dan lalulintas yang efisien dan aksesibiliti yang tinggi dari segi:
a/ Rangkaian jalan raya sedia ada, keadaan operasi dan ciri-ciri fizikal jalan-jalan utama dan persimpangan;
b/ Pengurusan lalulintas terutamanya di dalam bandar termasuk penyediaan tempat letak kereta dan kemudahan pejalan kaki;
c/ Ciri-ciri pengangkutan awam sedia ada seperti bas, teksi dan keretapi

iii. Mengenalpasti isu/ masalah lalulintas dan pengangkutan awam;

iv. Mencadangkan dan merancang keperluan kemudahan pengangkutan dan lalulintas yang mampan bagi menampung keperluan pada masa hadapan:

a) Menentukan jalan-jalan sedia ada yang perlu dinaik taraf, diperbaiki jajaran, permukaan dan geometrik jalan mengikut hiararki yang ditetapkan;
b) Menentukan pengurusan lalulintas yang efisien di kawasan-kawasan bandar dan persimpangan;
c) Penyediaan tempat letak kereta yang lebih menyeluruh
d) Menyediakan sistem rangkaian pejalan kaki yang selesa dan selamat
e) Menentukan jalan baru untuk mempertingkatkan aksesibiliti antara kawasan dalam daerah;
f) Penyediaan garis panduan keperluan kelebaran jalan-jalan raya yang dicadangkan, keperluan tempat letak kereta, sistem pengangkutan awam bersepadu dan laluan pejalan kaki;

v. Menentukan fasa pelaksanaan, kos yang terlibat dan agensi pelaksana;

vi. Merancang sistem pengangkutan yang mempunyai aksesibiliti yang baik sebagai pusat kecemerlangan dan koridor ilmu;

vii. Memastikan perancangan pengangkutan dan lalulintas (jalan-jalan penghubung) yang efisien dan aksesibiliti yang tinggi ke kawasan pelancongan;

viii. Merancang pembangunan sistem jaringan perhubungan lalulintas dalam usaha untuk melancarkan langkah-langkah pemasaran sumber pertanian.

ix. Menggunakan indikator MURNInet sebagai sasaran kemampanan;


Pengurusan Alam Sekitar

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti punca-punca pencemaran dan kaedah-kaedah mengatasinya untuk jangka pendek dan jangka panjang;

ii. Mengenal pasti kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) seperti perhutanan, sumber mineral dan bahan batuan, perikanan, pertanian dan penternakan, jasad air, sejarah dan antikuiti, taman rekreasi, khazanah geologi, hidupan liar dan kawasan pesisiran dan menentukan kategori darjah kesensitifan sama ada nazak, kritikal, tinggi, sederhana atau rendah terhadap kawasan tersebut.

iii. Mengkaji status kualiti alam sekitar dan isu terhadap kualiti air sungai dan laut, kualiti udara, bunyi bising, pembuangan sampah dan bahan sisa toksik berjadual dan jangkaan penurunan dan peningkatan kualiti alam sekitar berdasarkan tahap pembangunan fizikal yang berlaku atau yang dilaksanakan.

iv. Mengkaji ciri-ciri fizikal alam sekitar yang lain seperti kawasan hutan, kawasan tadahan air, kawasan tanah tinggi dan lereng bukit, sungai, cuaca dan iklim, flora dan fauna dan habitat-habitat yang lain, berdasarkan maklumat sekunder.

v. Mengkaji tahap biodiversiti kawasan dengan menggunakan data dan maklumat sekunder.

vi. Menyediakan pelan kawasan bermasalah alam sekitar.

vii. Mengenal pasti isu-isu alam sekitar yang perlu diberi perhatian dan penekanan dalam kawalan pembangunan serta petunjuk sasaran alam sekitar berdasarkan data dan maklumat sekunder.


Infrastruktur dan Utiliti

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti keupayaan bekalan air dan permintaan semasa serta membuat unjuran keperluan masa hadapan;

ii. Mengenalapsti keupayaan bekalan elektrik dan permintaan semasa serta membuat unjuran keperluan masa hadapan;

iii. Mengenalpasti keupayaan bekalan talian telefon dan permintaan sedia ada serta membuat unjuran keperluan masa hadapan;

iv. Mengkaji keberkesanan sistem perparitan dan sistem saliran sediada dan mencadangkan penambah-baikan;

v. Mengenalpasti kawasan yang mudah banjir dan mencadangkan tindakan penambah-baikan;

vi. Mengkaji keupayaan sistem pembetungan sedia ada dan mencadangkan penambah-baikan serta bagi menampung perubahan gunatanah;

vii. Mengkaji kaedah pengumpulan dan pengurusan sampah (sisa pepejal) sedia ada dan mencadangkan penambah-baikan


Penilaian Kemampanan (S.A)

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:

i. Menilai kamampanan bandar daerah Alor Gajah dengan pengukuran berasaskan penggunaan MURNInet sedia ada;

ii. Mengkoordinasi penentuan indikator dan parameter untuk sektor sokongan yang lain dalam menyelaras pencapaian kemampanan;


Pembentukan Sistem Maklumat Geografi

Skop kajian yang terangkum di dalamnya adalah seperti berikut:
i. Mengkoordinasi penyediaan peta asas kajian untuk menyeleraskan dari segi data dan input berdasarkan keperluan data GIS

ii. Mengenalpasti, merekabentuk, membangun dan mengintegrasikan sistem maklumat sediada kepada Sistem Maklumat Geografi (GIS) Rancangan Tempatan Daerah mengikut operasi dan analisis GIS – kemasukkan data, pengolahan data, pemaparan data, penyelenggaraan data, dan penyimpanan data;

iii. Mendokumentasikan operasi dan analisis Sistem Maklumat Geografi (GIS);

iv. Menyediakan satu sistem pangkalan data digital bagi Kajian Rancangan Tempatan Daerah;

v. Mengimplementasi dan mendokumentasikan tatacara analisis sektoral menggunakan GIS;

vi. Merekabentuk, membangun, menyediakan dan mentauliah aplikasi Sistem Maklumat Eksekutif (EIS).

Friday, May 4, 2007

Laporan Awal Sebulan ?

Salam. Semua tim perunding Kajian RTD Alor Gajah.

Tarikh-tarikh tentatif penting untuk tim sub-perunding RTD Alor Gajah.

14/5/07 (Isnin)
Penyerahan draf Laporan Awal oleh sub-perunding dengan bahagian masing-masing. Emel kepada trio3 AT streamyx DOT com.

15 & 16
Penyuntingan oleh YD Planners.

17/5/07 (Khamis)
Mesyuarat semakan bersama Majlis Perbandaran Alor Gajah kandungan draf Laporan Awal.

18-22/5/07
Memuktamadkan Laporan Awal jika terdapat pindaan.

23/5/07 (Rabu)
Tarikh serahan Laporan Awal (final) kepada Pejabat Projek Melaka.

Kerjasama dari tim sub-perunding amat dihargai.

Sebaik saja penyerahan Laporan Awal dibuat, sub-perunding boleh memulakan Laporan Penemuan. Laporan penemuan akan lebih banyak peta, gambarajah, lakaran, gambaran berbanding tulisan.


.

Saturday, April 28, 2007

Lojistik Permulaan

Sebelum perbincangan lanjut bagi memperincikan laporan awal Rancangan Tempatan Daerah Alor Gajah. perkara-perkara berikut perlu diserahkan kepada perunding sokongan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

1/ Term of Reference Rancangan Tempatan Daerah Alor Gajah (2007-2020): hard copy
2/ Sebahagian Laporan Cadangan Teknikal RTD Alor Gajah: hard copy
3/ Draf Rancangan Struktur Negeri Melaka: hard copy
4/ Basemap RTD Alor Gajah. Lot dan Gunatanah format mapinfo: soft copy CD
5/ DRT Alor Gajah (jika berkaitan)
6/ Format Laporan Awal - soft copy CD

Dan perunding sokongan memerlukan penambahbaikan skop kajian masing-masing, pendekatan kajian masing-masing (carta kajian) & penambahan jadual di bawah
Kolum 1: Keperluan data
Kolum 2: Sumber
Kolum 3: Teknik Analisis (jika ada)
Kolum 4: Output


Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh hubungi YD Planners 03-511 5578. Mesyuarat sesama perunding akan diberitahu pada satu tarikh yang ditetapkan kelak. Harap maklum.


.

Friday, April 27, 2007

Mesyuarat Permulaan Kajian RTD Alor Gajah

Tempat : Tingkat 20, JPBD Pejabat Projek KL, Wisma Tun Sambanthan. KL
Masa : 3.00 Petang

Sesi pengenalan projek dan perkara berbangkit dari perunding.
En. Young Daud (YD Planners) mengetuai projek ini. Selaku ketua projek beliau memegang beberapa sektor kajian seperti berikut :
1/ Pembangunan Fizikal & Gunatanah (Perumahan, Kemudahan Masyarakat& Kaw. Rekreasi)
2/ Analisa Kewangan & Pelaksanaan Projek
3/ Penilaian Kemampanan (SA)

Kajian ini turut dibantu dengan kepakaran perunding-perunding sokongan seperti yang dinamakan di bawah:
1/ Puan Herlina (Peers Consult) - Pembangunan Pelancongan (warisan/ konservasi & rekabentuk bandar)
2/ Dr. Kamaruzaman Ujang (Peers Consult) - Asas Ekonomi
3/ Dr. Sharifuddin Abdul Hamid (Peers Consult) - Pertanian, Penternakan & Perhutanan
4/ Pn. Sakurah Jamaluddin (Prisma R&D) - Pembangunan Fizikal & Gunatanah ( Perniagaan & Perindustrian)
5/ Ir. Othman Abd. Rahim (O&L Jurutera Perunding) - Infrastruktur dan Utiliti
6/ *En. Ab. Halim Ali Hassan (Perunding UEP) - Pengurusan Alam Sekitar
En. Ishak Ariffin (Via Natura Sdn. Bhd.) - Pengurusan Alam Sekitar.
7/ En. Affandi Bahador (CCIS Integration)- Sistem Maklumat Geografi: GIS & EIS

* Menolak kerana pertindihan kajian lainnya. Belum dinamakan.

Pn. Hjh. Zaleha Shaari (Pengarah Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Melaka)
En. Ahmad Yusof (pemangku) selaku pengurus projek
Pn. Azilah Mazleen (Desk Officer), Pejabat Projek Melaka
En. Suhaimi Sarman (Desk Officer), JPBD Negeri Melaka
Pn. Nuruladawaty & Saifuddin Karim (Desk Officer) Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Puan pengerusi memaklumkan, kajian RTD kali ini hanya mengambil masa dalam tempoh 15 bulan atau kurang.
Laporan awal (3 bulan),
Laporan Penemuan (6 bulan)
Laporan DRT (6 bulan).

Walaupun perunding belum dilantik dengan rasminya, namun kajian ini sudah bermula pada 23 April 2007. Perjanjian akan menyusul kemudian.

Pendekatan baru dalam penyediaan RTD ini adalah bergantung kepada kreativiti perunding untuk menghasilkan yang terbaik output yang bersifat 'user friendly' kepada pengguna terutamanya PBT. Dalam soal ini, walaupun JPBD ada menyediakan manual penyediaan RTD yang dipinda (tahun 2006), namun ia masih bebas untuk perunding memikirkan dan menghayati keperluan RTD di peringkat PBT dan kegunaan perancangan.

Kajian ini adalah dicadangkan dalam tempoh sehingga 2020.

Selaras dengan itu, hasil perbincangan FGD awal bersama wakil-wakil penduduk kerajaan, NGO's dan sebagainya. Terdapat beberapa isu utama dan isu strategik yang perlu kepada penyelesaian. Maka, RT kali ini adalah berdasarkan problem solving & issue driven ke atas menyelesaikan isu strategik tersebut.

Jika boleh, laporan awal perlu disubmit pada atau sebelum 25 Mei 2007, iaitu sebulan dari tempoh mesyuarat permulaan ini untuk dibuat pembayaran dan memberikan semangat kepada perunding bagi starting the project.

Dalam penyediaan laporan awal, perunding utama dan perunding sokongan dikehendaki berbincang sesama mereka bagi menghasilkan output yang terbaik. Bukan hanya perunding utama yang menghasilkan output tersebut.

Laporan DRT kali ini tak perlu banyak penulisan, ringkas dan lebih bergrafik bagi menarik perhatian pengguna. Dengan itu, format baru daripada perunding amat dialu-alukan kerana ini adalah pioneer kepada pendekatan baru. Kita trial & error.

Basemap gunatanah akan diberi oleh Pasukan Teras (JPBD Pej. Projek) dalam format map info dengan menggunakan unjuran sedia ada longitude/latitude. Apakah unjuran yang ingin dipakai oleh Majlis PErbandaran Alir Gajah sebagai penggunan akhir?
Satu sektor kajian akan dibuat bersama oleh pasukan teras dan perunding iaitu sektor Pengurusan & Pengangkutan lalulintas.


.