Monday, September 17, 2007

Ke arah Laporan Penemuan Dua yang meletup

LAPORAN PENEMUAN SATU : Telah dihantar namun kurang memuaskan dan perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi kajian ini. Niatlah ke arah kebaikan dan penuh keikhlasan.

KE ARAH LAPORAN PENEMUAN DUA :
Saya mulakan bicara diskusi dengan santai.

Oleh itu, semua perunding diminta memberikan kerjasama untuk memperkemaskan Laporan Penemuan Satu yang akan diberikan salinan softcopy mengikut teras melalui emel. Sila serahkan semula kepada kami pada 24 Sept 2007 (Isnin) salinan softcopy. Sesempat yang boleh kerana semua perlu berhari raya dengan gembira. Boleh kan? Laporan akan diserah kepada pejabat projek awal bulan Oktober 2007. Boleh kan pejabat projek?

Antara Beberapa perkara perlu diberikan perhatian khusus dalam penulisan Laporan:

1. Sila rujuk Laporan Pemeriksaan Draf RSN Melaka yang diserahkan melalui CD di awal kajian. Diulangi, Laporan Pemeriksaan. Dalam laporan tersebut semua dah ada. Tinggal kebijaksanaan perunding untuk pilih dan tapis mana-mana yang berkaitan dan update data-data untuk digunakan bagi tahun kajian 2006. Juga laporan-laporan yang berkaitan perlu dirujuk. RT Alor Gajah terdahulu misalnya.

2. Data asas 2005 dan 2006 telah diberi kepada semua perunding sektoral pada 5 Ogos 2007 dalam bentuk softcopy melalui emel masing-masing. Pilih dan masukkan dalam penulisan laporan sektoral anda jika berkaitan. Harap maklum. Jangan kata kepada kami data tiada tetapi dalam data asas 2005 dan 2006 dijumpai.

3. Perunding perlu menyediakan analisis yang baik dalam penulisan bagi semua isu strategik perancangan yang telah dibangkitkan di dalam Laporan Awal terdahulu mengikut teras. Tunjukkan kepakaran anda dan kehebatan perunding yang berwibawa sekalian. Saya yakin perunding sektoral terdiri daripada perunding cemerlang dan terbilang.

4. Semua analisis yang disediakan perlu disokong oleh fakta. Karangan berbunga-bunga dan penulisan 'kosong' tidak dibenarkan langsung. Ringkas dan padat kalau boleh. Semua masalah perlukan penyelesaian yang terbaik- ‘condemning statement’ atau ayat yang tidak memberi sokongan tidak harus digunakan. Bagilah jalan penyelesaian. Berikanlah yang terbaik.

5. Perunding yang terlibat dengan unjuran perlu menyediakan unjuran yang berkenaan dengan teknik yang sesuai dan justifikasi yang sesuai. Pelancongan, perdagangan, perindustrian, pertanian, kemudahan masyarakat, kawasan rekreasi, perumahan, lalulintas, utiliti dan infrastruktur misalnya. Oh ya, untuk pengetahuan pejabat projek. Unjuran penduduk diambil daripada RSN Melaka dan tiada unjuran baru dilakukan. Boleh kan?

6. Strategi pembangunan hendaklah disediakan di dalam bentuk strategi fizikal, strategi ekonomi, strategi alam sekitar dan strategi sosial untuk memudahkan urusan sektor Penilaian Kemampanan membuat penilaian. Sila berikan kerjasama ya.

Format strategi dan cadangan am adalah seperti berikut [ contoh ]
Memperkukuhkan ekonomi Daerah Alor Gajah bla bla bla
Strategi ini dikemukakan dalam satu penyataan yang ringkas dan jelasn sasaran dan halatuju yang ingin dicapai ke arah mana. Ayat strategi perlu dimulakan samada memperkukuhkan, meningkatkan, memajukan, menjadikan, membangunkan dan sebagainya...

Cadangan
a) Membangunkan tanah-tanah industri yang masih kosong dan usaha menarik pelabur dipergiatkan
b) Memajukan kawasan tanah terbiar untuk diusahakan.
c) bla bla bla...

7. Penulisan strategi haruslah menepati ciri-ciri berikut selain menterjemah dasar-dasar yang dikemukakan oleh RSN Melaka iaitu:
a) Mencapai teras pembangunan yang digariskan.
b) Mencapai objektif yang telah digariskan.
c) menyelesaikan isu induk atau isu strategik yang telah dipersetujui.
Maknanya, strategi yang digariskan mengikut teras disokong dengan cadangan-cadangan awal samada berbentuk fizikal, ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Oh ya, kepada semua perunding sektoral seperti pelancongan & rekabentuk bandar, perdagangan & perindustrian, pertanian, pengangkutan & lalulintas, infrastruktur dan alam sekitar akan diberi pelan digital gunatanah terkini yang boleh dijadikan asas untuk tindakan kita bersama. Pelan digital ini dikemaskini dalam 90 peratus siap. Tindakannya seperti berikut:
- Sektor pelancongan : Perunding utama dan GIS memerlukan input lokasi produk-produk pelancongan
- Sektor perdagangan & industri : Perunding-perunding utama memerlukan maklumbalas dari anda untuk kawasan-kawasan perdagangan (khususnya kawasan pusat bandar) dan kawasan-kawasan industri.
- Sektor pertanian : Perunding utama memerlukan input keluasan kawasan pertanian mengikut jenis. Jika boleh dapatkan lokasi kawasan penternakan khinzir yang terdapat dalam kawasan kajian daripada Jabatan Veterinar.
- Sektor pengangkutan dan lalulintas : Perunding utama akan beri jajaran jalan dan sila maklumbalas jika kurang lengkap. Jalan pengagih tempatan sedang dikemaskini.
- Sektor alam sekitar : Perunding utama perlu dapat pengesahan daripada sektor ini untuk taburan dan lokasi KSAS.

Kerjasama tuan-puan di dalam kajian ini saya hargai dan dengan perasaan rendah diri. Ho ho ho... Kita boleh!

Nescaya lebih mantap Laporan Penemuan nanti.


Pembantu ketua perunding.

~ Akan dikemaskini ~

Monday, July 30, 2007

Gambarfoto part1

Hutan rekreasi Sungai Udang

Empangan Durian Tunggal


Hasil Kraftangan



Batu Megalith




Advance Technology (ADTEC), Melaka

Thursday, July 19, 2007

Bengkel FGD Isu Strategik RTD Alor Gajah

Seperti yang dibincangkan bersama Pengurus Projek (Pn. Lim Siew Chin) satu bengkel FGD Isu Strategik akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh :
27 Julai 2007 (Jumaat)

Masa :
8.00 pagi - 6.00 petang

Tempat :
Carlton Holiday Hotel & Suites <<<>
Setia Hall, Level 1
No 1, Persiaran Akuatik
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Tel : 03-80738080

Pengerusi :
Pengarah Pejabat Projek Melaka

Agenda :
rujuk di bawah

Semua perunding diminta hadir ke bengkel tersebut untuk menjayakannya. Penginapan disediakan bagi perunding di luar Lembah Klang iaitu O&L Jurutera Perunding dan Hiway Matra Sdn. Bhd. Maaf untuk perunding dari Lembah Klang.

Untuk menjayakan bengkel percambahan minda ini. Tiga kumpulan akan dibentuk seperti berikut:

Kumpulan 1 : Social Welfare
Ketua : En. Young Daud B. Nordin Ali
Pencatat : Pn. Mahani Binti Mohamad Yahya
dan ahli-ahlinya

Kumpulan 2 : Environmental Integrity
Ketua : En. Ishak B. Ariffin
Pencatat : En. Saifuddin B. Marsuk
dan ahli-ahlinya

Kumpulan 3 : Economy Prosperity
Ketua : Dr. Sharifuddin Bin Ujang
Pencatat : Cik Hasnah Binti Marjunit
dan ahli-ahlinya

AGENDA BENGKEL FGD

08.00 am - 10.30 am
Percambahan minda isu & potensi (berkumpulan)
- Perbincangan sebab & akibat sesuatu isu

10.30 am - 11.00 pm
Minum pagi

11.00 am - 12.30 pm
Memuktamadkan isu strategik (berkumpulan)

12.15 pm - 02.45 pm
Rehat - makan tengahari & solat Jumaat

02.45 pm - 03.30 pm
Rumusan & Pembentangan Isu Strategik

03.30 pm - 04.00 pm
Perbincangan Hubungkait Antara Isu Strategik

04.00 pm - 05.00 pm
Perbincangan keperluan data berkaitan isu

05.00 pm - 05.30 pm
Minum Petang

05.30 pm - 06.00 pm
Persetujuan Kos Kajian Lapangan (Hanya Pej. Projek Melaka & Perunding-perunding yang terlibat dalam Kajian Lapangan)

YD Planners telah menghantar faxs surat panggilan kepada semua perunding pada 20/7/2007. Juga softcopy teleh diemel ke
alorgajahat@yahoo.com
. Harap maklum.

Oh ya, semua perunding boleh mula kajian lapangan dan penulisan Laporan Penemuan.

Monday, June 18, 2007

Thursday, June 14, 2007

Yo! Mari Melawat Alor Gajah

Adalah dimaklumkan bahawa semua perunding sektor yang terlibat dalam kajian RTD Alor Gajah (2007-2020) diWAJIBkan mengikuti satu tinjauan awal tapak di Daerah Alor Gajah. Bermula dari 18 Jun 2007 hingga 20 Jun 2007 (3 hari 2 malam). Perincian program lawatan tapak adalah seperti berikut :

18/06/2007 (Isnin)
2.30 pm
Taklimat ringkas di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) oleh wakil MPAG

4.00 pm
Jamuan Ringan

Bermalam di Melaka/ Alor Gajah


19/06/2007 (Selasa)
9.00 am
Berkumpul di MPAG

9.30 am
Lawatan tapak bersama MPAG, Pasukan Teras dan perunding menaiki bas

1.00 pm
Rehat dan Makan Tengahari

2.00 pm
Sambungan lawatan tapak

5.00 pm
Minuman ringan - Bersurai
Bermalam di Melaka


20/06/2007 (Rabu)
9.00 am
Berkumpul di Pej Projek Melaka (Lawatan tapak pesisir pantai Melaka menaiki bot)

1.00 pm
Rehat dan makan tengahari

2.00 pm
Sambungan lawatan tapak

5.00 pm
Minuman ringan - bersurai


Senarai semak keperluan lawatan tapak:
Peta Asas (disediakan perunding utama) A3
Kamera digital (manual tidak digalakkan)
Video kamera (jika ada)
Pakaian secukupnya
Wang saku secukupnya
Buku nota & alatulis
Topi & sapu tangan
* jangan lupa bawa diri.

Nota kaki : Penginapan adalah tanggungjawab perunding masing-masing. Terpulang pada anda mahu menginap di mana. Kami bagi kebebasan. Yeay!

Monday, May 28, 2007

Ya, semakan sedang dilakukan


Laporan awal sedang disemak oleh pasukan teras Pej. Projek Melaka untuk dibawa ke mesyuarat. Para pasukan perunding sekalian, bolehlah meneruskan kerja-kerja yang seterusnya dengan memikirkan apakah output yang kalian mahu keluarkan?
Peta asas sedang ditambah-baik oleh pasukan teras. Katanya awal bulan Jun. Jika tidak, perunding utama dan perunding GIS perlu turun padang untuk verifikasi.

Wednesday, May 23, 2007

Pendekatan baru?!



Laporan Awal RTD Alor Gajah (2007-2020) telah berjaya disiapkan. Laporan ini telah disubmit kepada Pejabat Projek Melaka pada 23 Mei 2007 beserta dengan invois tuntutan sebanyak 20% daripada kos keseluruhan kajian.

Pendekatan baru yang diadaptasi dalam kajian kali ini adalah
1/ Base on objective driven
2/ Issues & Problem Solving
3/ Main finding
4/ Sustainable approach
5/ User friendly output of the study

Oleh yang demikian, dalam memandu kajian ke arah ini. Objektif kajian yang digariskan diawal telah disemak semula. Objektif awal kajian adalah seperti berikut:

i. Mempertingkatkan potensi kewujudan institusi pengajian tinggi untuk menjadikan Daerah Alor Gajah sebagai daerah pendidikan terunggul;

ii. Memperkasakan sektor pelancongan yang bersepadu berasaskan rekreasi dan warisan sejarah sebagai sumber ekonomi daerah pada masa hadapan;

iii. Merancang strategi pembangunan fizikal dan ekonomi berasaskan sektor pertanian moden yang lebih berdaya saing;

iv. Mencapai pembangunan fizikal dan gunatanah yang optimum dan lestari bagi memastikan keseimbangan pembangunan antara petempatan dan kualiti alam sekeliling;

v. Meningkatkan kualiti hidup yang sejahtera bagi setiap penduduk;

vi. Memperkukuh sistem urustadbir perancangan dan pembangunan yang efektif.


Objektif dirangka semula semula berikut:

i. Memperkasakan sektor pelancongan yang bersepadu berasaskan pelancongan rekreasi, pertanian, warisan, budaya, makanan dan beli-belah sebagai penyumbang ekonomi daerah;

ii. Memajukan sektor pertanian melalui kaedah-kaedah pertanian moden yang berdaya maju bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk desa;

iii. Menjadikan kawasan Simpang Ampat sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baru daerah dan pintu masuk ke Negeri Melaka dari arah utara dan transit dari arah selatan;

iv. Merancang pembangunan fizikal dan gunatanah yang optimum dan lestari bagi memastikan keseimbangan di antara keperluan pembangunan ekonomi, pengekalan khazanah dan pemeliharaan warisan semulajadi;

v. Meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui penyediaan perumahan yang selesa dan kemudahan-kemudahan perbandaran yang setara dengan keperluan penduduk;

vi. Memperkukuh keupayaan urustadbir Majlis Perbandaran Alor Gajah bagi memastikan pelaksanaan perancangan dan pembangunan yang berkesan.


Semua sektor kajian akan dipandu berdasarkan objektif kajian ini dan objektif sektoral masing-masing. Di samping itu, sektor kajian harus mengenalpasti isu-isu mengikut keutamaan yang perlu diselesaikan.

Untuk itu, sektor penilaian kemampanan akan memandu dari segi pencapaian objektif kemampanan dan penerapan indikator awal dalam usaha mencapai ke arah ini.

Jadi, di peringkat ini juga, semua perunding sektoral harus memikirkan output kajian masing-masing yang mahu dihasilkan dalam bentuk rajah, jadual, gambarajah, huraian ringkas dan persembahan yang menarik.

Entri seterusnya akan membentangkan isu-isu sektoral yang ditemui di peringkat awal. Mari kita cuba pendekatan baru ini. Kita cuba. Ya, kita cuba. Trial & Error.