Wednesday, May 23, 2007

Pendekatan baru?!



Laporan Awal RTD Alor Gajah (2007-2020) telah berjaya disiapkan. Laporan ini telah disubmit kepada Pejabat Projek Melaka pada 23 Mei 2007 beserta dengan invois tuntutan sebanyak 20% daripada kos keseluruhan kajian.

Pendekatan baru yang diadaptasi dalam kajian kali ini adalah
1/ Base on objective driven
2/ Issues & Problem Solving
3/ Main finding
4/ Sustainable approach
5/ User friendly output of the study

Oleh yang demikian, dalam memandu kajian ke arah ini. Objektif kajian yang digariskan diawal telah disemak semula. Objektif awal kajian adalah seperti berikut:

i. Mempertingkatkan potensi kewujudan institusi pengajian tinggi untuk menjadikan Daerah Alor Gajah sebagai daerah pendidikan terunggul;

ii. Memperkasakan sektor pelancongan yang bersepadu berasaskan rekreasi dan warisan sejarah sebagai sumber ekonomi daerah pada masa hadapan;

iii. Merancang strategi pembangunan fizikal dan ekonomi berasaskan sektor pertanian moden yang lebih berdaya saing;

iv. Mencapai pembangunan fizikal dan gunatanah yang optimum dan lestari bagi memastikan keseimbangan pembangunan antara petempatan dan kualiti alam sekeliling;

v. Meningkatkan kualiti hidup yang sejahtera bagi setiap penduduk;

vi. Memperkukuh sistem urustadbir perancangan dan pembangunan yang efektif.


Objektif dirangka semula semula berikut:

i. Memperkasakan sektor pelancongan yang bersepadu berasaskan pelancongan rekreasi, pertanian, warisan, budaya, makanan dan beli-belah sebagai penyumbang ekonomi daerah;

ii. Memajukan sektor pertanian melalui kaedah-kaedah pertanian moden yang berdaya maju bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk desa;

iii. Menjadikan kawasan Simpang Ampat sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baru daerah dan pintu masuk ke Negeri Melaka dari arah utara dan transit dari arah selatan;

iv. Merancang pembangunan fizikal dan gunatanah yang optimum dan lestari bagi memastikan keseimbangan di antara keperluan pembangunan ekonomi, pengekalan khazanah dan pemeliharaan warisan semulajadi;

v. Meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui penyediaan perumahan yang selesa dan kemudahan-kemudahan perbandaran yang setara dengan keperluan penduduk;

vi. Memperkukuh keupayaan urustadbir Majlis Perbandaran Alor Gajah bagi memastikan pelaksanaan perancangan dan pembangunan yang berkesan.


Semua sektor kajian akan dipandu berdasarkan objektif kajian ini dan objektif sektoral masing-masing. Di samping itu, sektor kajian harus mengenalpasti isu-isu mengikut keutamaan yang perlu diselesaikan.

Untuk itu, sektor penilaian kemampanan akan memandu dari segi pencapaian objektif kemampanan dan penerapan indikator awal dalam usaha mencapai ke arah ini.

Jadi, di peringkat ini juga, semua perunding sektoral harus memikirkan output kajian masing-masing yang mahu dihasilkan dalam bentuk rajah, jadual, gambarajah, huraian ringkas dan persembahan yang menarik.

Entri seterusnya akan membentangkan isu-isu sektoral yang ditemui di peringkat awal. Mari kita cuba pendekatan baru ini. Kita cuba. Ya, kita cuba. Trial & Error.

No comments: